Lebih 149 maut akibat rempuhan dan sesak nafas dalam ‘Pesta Halloween’

Lebih 149 maut akibat rempuhan dan sesak nafas dalam ‘Pesta Halloween’

Lebih 149 maut akibat rempuhan dan sesak nafas dalam ‘Pesta Halloween’. Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh dengan 76 yang lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon, Seoul, ketika sekumpulan besar pengunjung berpesta meraikan Halloween lewat malam, Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa bomba.

Kemalangan itu berlaku malam tadi di lorong menuruni bukit yang sempit berhampiran Hotel Hamilton di daerah hiburan malam yang terkenal selepas sekumpulan orang yang berpesta membanjirinya, menurut saksi.

Puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu untuk pesta Halloween.

Lebih 149 maut akibat rempuhan dan sesak nafas dalam 'Pesta Halloween'

Seramai 149 orang, termasuk dua warga asing, disahkan meninggal dunia setakat awal pagi Ahad dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah, kata pihak berkuasa bomba, sambil menambah jumlah kematian mungkin meningkat lagi.

Choi Seong Beom, ketua jabatan bomba di Yongsan, yang termasuk Itaewon, memberitahu pemberita “banyak nyawa terkorban apabila orang ramai terjatuh ketika pesta Halloween.”

Mangsa dalam lingkungan 20-an adalah kumpulan umur yang paling ramai terbabit dalam kemalangan itu, kata pihak berkuasa.

Pihak bomba pada awalnya menerima puluhan laporan daripada orang ramai di kawasan Itaewon mengenai pesakit yang mengalami kesukaran bernafas.

Pasukan penyelamat yang dihantar ke tempat kejadian telah memberikan CPR kepada puluhan mangsa di jalan berhampiran.

“Apabila orang di hadapan jatuh, mereka di belakang menghentam,” seorang saksi berusia 20-an memberitahu Agensi Berita Yonhap.

Punca sebenar insiden masih belum diketahui.

Baca Lagi:
‘Ini pilihan saya’, Da’i Syed mahu kahwin dengan pengacara TV Al Hijrah
5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas
Penyanyi Nasyid Saujana Dr Idzu Bahari kaut untung jualan RM10 juta sehari
CATEGORIES