5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas

5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas

5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas. Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut bumi­nya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun.

Kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka. Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram.

Ketulan emas yang ditemui ketika aktiviti melombong yang dilakukan oleh penduduk di Kampung Sungai Mun, Mukim Kechau, Lipis, Pahang baru-baru ini.

Jika Anda Gali Tanah Dan Jumpa Emas Belakang Rumah. Bolehkah Anda Ambil Emas Itu Walaupun Emas Itu Dalam Tanah Sendiri.

5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas

Boleh gali tetapi tidak boleh ambil. Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

Baca Lagi:
[VIDEO] Dua juruterbang maut pesawat terhempas di atas gunung berapi
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell

 

CATEGORIES