Steady tuan haji bawa kucing Oyen atas kepala, pakai serban dan berkain pelekat raih perhatian ramai

Steady tuan haji bawa kucing Oyen atas kepala, pakai serban dan berkain pelekat raih perhatian ramai

Steady tuan haji bawa kucing Oyen atas kepala, pakai serban dan berkain pelekat raih perhatian ramai. Gelagat seorang lelaki bersama kucing peliharaannya digelar ‘Oyen’ menarik perhatian orang ramai pada Ekspo Oh My Meow bertempat di Pusat Beli-belah Mid Valley, Ahad lalu.

Menerusi video tular di TikTok, haiwan itu kelihatan sangat manja dan selesa duduk atas serban pemiliknya ketika dibawa bersiar-siar mengelilingi ekspo berkenaan.

“Amboi tuan haji, ‘steady’ bawa kucing Oyen atas kepala. Tuan haji pun pakai serban dan berkain pelekat sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Steady tuan haji bawa kucing Oyen atas kepala, pakai serban dan berkain pelekat raih perhatian ramai

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna yang tertanya-tanya empunya diri ‘Tuan haji’ dan bagaimana dia boleh melatih kucing peliharaannya berkelakuan baik sebegitu.

“Kucing lain semua kena duduk dalam ‘stroller’, Oyen ni selamba sahaja duduk atas serban atuk,” kata Aii.
“Orang yang cuba usap kucing ni jaga-jaga, takut ‘terusap’ kepala atuk pula nanti,” kata Norly.
“Hari ini, dah lebih 10 video TikTok saya berkenaan Oyen. Sampai sekarang tak dapat kenal pasti siapa pemiliknya,” kata Zain.

Menurut video sama, pengguna tersebut masih lagi mencari tuan Oyen tersebut. Namun, pemiliknya masih belum diketahui sehingga hari ini.

Video tersebut menerima sebanyak 7,497 tanda suka dan 225 komen.

@kucingen Catatouille 🤌🏻 Steady Tok Aji pakai kain pelikat serban je wey. Seb bek dak oyen kecikk. Masih mencari siapakah gerangan dak oyen & atok nyee💯😍 #catexpo #ohmymeowexpo2023 #catsoftiktok ♬ Le Festin (From “Ratatouille”) – Movie Sounds Unlimited

Baca Lagi:
Pusat servis Perodua letak papan tanda ‘etika pakaian pelanggan’ raih perhatian ramai
“Jarang perkara ini seorang ayah akan bagitahu kepada anaknya”
Kisah ayah yang sanggup berniaga dalam hujan sebab nak kumpul duit untuk anak masuk Universiti
CATEGORIES