Rupanya ini keadaan disebalik tabir pembaca berita, pakai kain batik je. Menjadi seorang pembaca berita bukanlah perkara yang mudah
Anda perlu cekap dan pantas membaca di samping intonasi suara yang perlu dikekalkan. Pasti ramai di sini yang terlintas untuk menjadi pembaca berita juga kan?
Kita sering lihat mereka ini sangat kemas, kacak dan cantik ketika sedang bersiaran langsung di kaca TV.
Tetapi, lain pula dengan pembaca berita ini apabila dia berkongsi disebalik tabir pakaiannya telah mencuri perhatian ramai.
Kongsi pakaian sebelum live dekat televisyen
Menerusi video tersebut, kelihatan pembaca berita berkenaan berkongsi pakaiannya sebelum membaca berita di televisyen.
Dapat dilihat dia sudah lengkap dan kemas memakai sut, tetapi di bahagian bawah pula dia dengan santai hanya memakai kain batik saja.
Hal ini kerana, ia tidak nampak bahagian kaki semasa sedang bersiaran langsung.
@the.righthanded Selagi sopan dan tak memudaratkan, asalkan masa on air mesej berita sampai kepada penonton. Tapi ini sangat jarang2 berlaku ye. Mungkin 1% je.. 😄#newsreader #newsanchor #penyampaiberita #style #suits #bajukurung ♬ Nasty x Whos That Girl – ARNEL REMIX
“Begitulah juga student tiap kali record video present assignment” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan ada juga berkongsi perkara sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 601.6K views, 12.8K likes dan 235 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Tak apa yang penting dekat belah atas kemas! 😀