Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang

Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang

Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang. Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggemparkan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklankan pontianak untuk dijual.

Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus viral dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menaakutkan dipercayai pontianak.

Lelaki terdesak perlukan duit, terpaksa lelong pontianak belaannya buat ramai netizen meremang

“Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai pelbagai fungsi.
“Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib. Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya.

Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali.

Bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercayainya.

“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng.

“Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Kalau betul la memang ada pontianak belaan untuk dijual, agaknya ada tak yang mahu membelinya? Huhu

Baca Lagi:
Tinggal kerjaya engineering, mek kelatey nak cepat kaya jual kuih cek mek molek depan rumah je, sebulan dapat RM10,000
Wanita merana kemaluan terasa terbakar, rupanya disihir ibu mentua dengan cara lumur darah haid pada badan
Duit ditemui sebanyak RM353,140 jadi milik koperasi selepas tiada sesiapa menuntut
CATEGORIES