Laku keras jualan di TikTok, ‘pak lebai’ raih pendapatan ribuan ringgit sebulan

Laku keras jualan di TikTok, ‘pak lebai’ raih pendapatan ribuan ringgit sebulan

Laku keras jualan di TikTok, ‘pak lebai’ raih pendapatan ribuan ringgit sebulan. Seorang warga emas, Pakharurazi Othman, 61, tidak menyangka percubaannya memasarkan produk tembakau hiris yang dijualnya di aplikasi TikTok mendapat sambutan hangat da­ripada pengguna.

Dia yang belajar menggunakan aplikasi itu sejak lapan bulan lalu kini mempunyai 86,500 pengikut dan mampu memperoleh hampir 2,000 tontonan semasa dia membuat siaran langsung (live) menerusi aplikasi berkenaan.

Penggunaan TikTok membantu meningkatkan pendapatannya iaitu RM4,500 sebulan termasuk hadiah yang diberikan penonton semasa sesi live, berbanding hampir RM3,000 sebelum itu.

Laku keras jualan di TikTok, 'pak lebai' raih pendapatan ribuan ringgit sebulan

Menurutnya, dia sebelum ini bekerja sebagai penggawa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok dan menanam daun tembakau lidah rusa di kawasan rumahnya.

Dia memasarkan produk tembakau secara kecil-kecilan sejak 27 tahun lalu.

Katanya, sebelum ini, ramai pelanggan datang ke rumah untuk membeli tembakau jualannya, tetapi tidak sehebat seperti yang dijual di TikTok.

“Saya mula bergelar ­TikTokers secara tidak sengaja apabila banyak mendapat video TikTok mengenai isu semasa di kumpulan WhatsApp. Ketika itu, saya lihat banyak manfaat diperoleh meskipun video dihasilkan berdurasi kurang seminit.

“Selepas itu, saya membuka akaun TikTok dengan nama Razi Othman dan berkongsi mengenai suasana di kampung pada April lalu.

“Selepas mendapat tontonan tinggi, saya memuat naik video kaedah memotong dan menghiris tembakau asli selepas ia dipetik. Alhamdulillah, video tersebut tular,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Jelawat di sini baru-baru ini.

Katanya, video yang dihasilkannya pernah ditolak oleh pihak TikTok dengan alasan mempromosikan bahan yang tidak dibenarkan.

“Semasa membuat live di TikTok, saya menyebut perkataan tembakau dan pihak aplikasi tersebut telah menolak video-video saya selepas itu.

“Sebenarnya, saya menghiris dan memotong daun tembakau yang ditanam di kampung. Ia bukan bertujuan untuk membuat rokok bagi pasaran komersial.

“Sejak itu, saya menggunakan gelaran daun emas bagi tembakau. Alhamdulillah, video dan akaun Tik Tok saya tidak lagi disekat selepas itu. Saya sering membuat live memotong daun tembakau hampir setiap pagi untuk berinteraksi dengan penonton,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga herba, Roslan Mamat, 65, berkata, dia pada mulanya ­masuk ke dunia pemasaran digital dengan menjual produk herba berasaskan daun kayu, batang pokok, akar selain ubi melalui medium Facebook dan Shopee.

Bagaimanapun, katanya, dia mula menjadi TikTokers sejak empat bulan lalu apabila membuka kedai menggunakan beg kuning di aplikasi Tik Tok.

“Alhamdulillah, saya yang dibantu anak-anak sudah memuat naik sebanyak 117 video mengenai manfaat herba di Tik Tok. Setakat ini, saya sudah mempunyai sebanyak 38,000 pengikut di aplikasi tersebut,” katanya di Kampung Dusun Tok Deh, Melawi di sini.

Baca Lagi:
Bagus ada doktor macam ini, baru lah ramai budak tak takut cabut gigi
Lelaki terlepas menang cabutan bertuah dari pusat zakat, lepas tolak tawaran hadiah, baru tersedar memang ada ‘contest auto’
10 jenis kad permainan paling mahal di dunia, no.3 tengah hangat di TikTok sekarang, harga cecah ratusan ribu
CATEGORIES