Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia. Minggu lepas, kita telah dikejutkan dengan nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia telah bertembung dan terhempas di Pengkalan TLDM di Lumut sehingga mengorbankan seramai 10 kru.

Nahas helikopter ini bukanlah perkara yang tak pernah berlaku di Malaysia. Malah ada beberapa kemalangan yang melibatkan helikopter terhempas telah berlaku dan turut mengorbankan nyawa orang-orang ternama.

Kalau korang nak tahu tentang beberapa tragedi membabitkan helikopter yang pernah berlaku di Malaysia, tengok senarainya di bawah ni:

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

1. 11 September 2022

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Pada 11 September lalu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong melaporkan bahawa helikopter Eurocopter AS365 telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 petang sebelum Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melaporkan tentang kehilangannya.

Lokasi terakhir helikopter tersebut adalah di kawasan hutan berhampiran Bidor. Ia telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 11.37 pagi dan dijadualkan untuk pulang pada 12.37 tengahari.

Pada jam 9.30 pagi keesokan harinya, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menemui lokasi helikopter terhempas iaitu di kawasan hutan simpan di Chikus. Lima minit kemudian, TUDM telah pergi ke lokasi tersebut dan menemui mayat juruterbang di dalam kokpit.

Juruterbang tersebut dikenalpasti sebagai seorang rakyat Hong Kong iaitu Tsz Kin Richard Chan berusia 58 tahun.

2. 5 Mei 2016

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Nahas paling memautkan sebelum kemalangan yang berlaku pada minggu lepas adalah apabila satu Eurocopter AS350 terhempas berhampiran Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 yang lalu. Helikopter ini telah terhempas berhampiran Batang Lupar ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Insiden tersebut telah meragut sebanyak enam nyawa termasuk Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon, dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Satu laporan rasmi berkaitan nahas terbabit yang dikeluarkan setahun selepas kejadian mengatakan bahawa cuaca buruk dan pengetahuan juruterbang yang terhad terhadap laluan tempatan telah menghalang dari membuat keputusan yang baik.

Mangsa lain yang turut terbunuh dalam nahas ini termasuklah suami Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal peribadinya, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang dari Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

3. 4 April 2015

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Pada 4 April 2015, sekitar pukul 4.55 petang, sebuah helikopter awam terhempas di sebuah kawasan pertanian berdekatan Kampung Pasir Baru, Semenyih menyebabkan keenam-enam orang yang menaikinya terkorban.

Antara yang terkorban ialah ahli politik terkemuka negara iaitu Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Helikopter terbabit merupakan model Eurocopter AS365 Dauphin 2 dengan pengenal 9M-IGB yang dimiliki oleh IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation, sebuah syarikat pengendalian helikopter persendirian yang dimiliki oleh mendiang Kapten Clifford William Fournier, iaitu warganegara Amerika Syarikat yang turut terkorban dalam nahas ini.

Ketika nahas berlaku, helikopter tersebut dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang, membawa Jamaluddin dan beberapa tokoh lain dari majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri di Pekan, Pahang ke sebuah lagi majlis kenduri perkahwinan bagi anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias di Kuala Lumpur.

Sebelum terhempas, beberapa saksi melaporkan helikopter tersebut meletup di udara sebelum terhempas di atas sebuah tanah kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru. Tapak hempasannya terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan Semenyih.

4. 12 Julai 2004, 4 September 2004 & 25 Julai 2005

Senarai tragedi nahas maut helikopter yang pernah berlaku di Malaysia

Satu helikopter Bell 206L4 telah terhempas di dalam hutan ketika dalam perjalanan ke Ba’kelalan dari Bario. Kesemua tujuh penumpang di dalam pesawat tersebut termasuk pembantu menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Judson Sakal Tagal, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak Roger Wong, pengurus besar syarikat Jason Eng, pengurus wilayah Ling Kian Ho, pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lawrence Th’ng, kontraktor Datuk Marcus Raja dan juruterbang Kapten Samsuddin Hassim telah terbunuh.

Tak sampai dua bulan kemudian, satu lagi helikopter model yang sama, Bell 206 Long Ranger telah terhempas di dalam hutan berhampiran ladang kelapa sawit yang terletak 112km dari Kuching.

Empat penumpang telah meninggal dunia iaitu Bettie Alek, setiausaha sulit kepada timbalan ketua menteri ketika itu Tan Sri Alfred Jabu; Awang Iskandar Awang Anwar, pengawal peribadi menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika itu Tan Sri Adenan Satem, jurugambar bebas Yong Khian Liong dan juruterbang Kapten Abang Ibrahim Abang Ismail. Ekoran ini, kerajaan telah menggantung semua penerbangan Hornbill Skyways.

Kemudia pada 25 Julai 2005, satu helikopter Bell 206 telah terhempas di Bukit Batu Tiban di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat. Seramai tiga dari empat penumpang telah maut.

Mangsa yang maut ialah pegawai Jabatan Pemetaan dan Ukur Malaysia Ramli Jamal, Kpl Empeni Karong dan juruterbang Kapt Razali Sani. Rakan sekerja Ramli, Razali Hassan telah terselamat selepas menghabiskan masa empat hari di tempat kejadian dengan memakan biskut dan air serta tidur di kerusi belakang helikopter sebelum dia diselamatkan.

5. 2 Mac 1997

tan sri 1 608x608 1 531x531 1

Tokoh korporat, Tan Sri Yahaya yang terkenal dengan sifat rendah diri dan disayangi ramai orang ini merupakan Pengerusi Kumpulan DRB Hicom. Beliau bersama-sama Anwar Ibrahim yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri telah menubuhkan bas Intrakota bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Namun begitu, pada 2 Mac 1997 beliau meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman yang meletup dan terhempas di Kampung Jeransang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, menziarahi ibunya, Mandak Omar di Marang.

Helikopter jenis Agusta A109E yang berada pada ketinggian 2,900m terhempas di kebun berhampiran dengan kawasan perumahan di Kampung Atong, Jerangsang kira-kira 40 km dari Kuala Lipis. Juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas dari yang mengendalikan helikopter tersebut turut terbunuh.

Untuk pengetahuan korang, helikopter milik syarikat Gadek Aviation Helicopter Sdn. Bhd., salah satu anak syarikat DRB-HICOM ini telah mengalami masalah enjin 30 minit selepas berlepas dari Helipad Segambut.

Jenazah Yahaya dan isteri, Rohana dibawa pulang ke Terengganu pada 4 Mac 1997 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Marang. Dua anak mereka yang belajar di UK segera pulang ke rumah di Kelana Jaya.

Baca Lagi:
Penunggang motosikal cedera selepas langgar jalan berlubang dapat ganti rugi RM721,000
Ratu cantik Malaysia Datin Harveen Kaur berjaya tawan Puncak Mera tapi hilang satu jari
Individu dari Group Terengganu dakwa ada kalimah Allah pada baju ‘We Bare Bears’, sekali kena kecam berjemaah dengan netizen
CATEGORIES