Kecantikan isteri Raja Thailand ‘Ratu Suthida’ jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?

Kecantikan isteri Raja Thailand ‘Ratu Suthida’ jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?

Kecantikan isteri Raja Thailand ‘Ratu Suthida’ jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya? Hadir ke pertabalan Raja Charles III di Websminter Abbey, London, kelibat pasangan diraja Thailand Raja Vajiralongkorn dan Ratu Suthida mencuri perhatian.

Hal ini kerana pasangan ini jarang tampil bersama di hadapan khalayak umum. Keduanya mempamerkan kemesraan walaupun perkahwinan mereka dibayangi oleh khabar angin tentang perselingkuhan.

Kecantikan Ratu Suthida menyerlah dalam busana tradisional bersama Raja Thailand yang digelar Rama X. Ini mendapat perhatian warga net di media sosial yang memuji kecantikan semula jadi wanita yang pernah bekerja sebagai pramugari.

Kecantikan isteri Raja Thailand 'Ratu Suthida' jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?

Ratu Suthida memakai busana tradisional berwarna biru dengan selempang kuning dan kain sarong. Manakala Raja Thailand berpakaian seragam tentera hitam kuning.

Dipetik daripada portal Indonesia Wolipop, Ratu Suthida merupakan isteri keempat Raja Vajiralongkorn yang tiga kali gagal perkahwinan.

South China Morning Post melaporkan Raja Vajiralongkorn telah berkahwin dengan Soamsawali Kitiyakara (1977 hingga 1993), Sujarinee Vivacharawongse (1994 hingga 1996), dan Srirasmi Suwadee (2001 hingga 2014). Semua perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian. Baginda telah berkahwin dengan Suthida sejak Mei 2019.

Kecantikan isteri Raja Thailand 'Ratu Suthida' jadi perhatian ramai, siapa dia sebenarnya?

Walaubagaimanapun, tidak banyak berita tentang hubungan perkahwinan mereka dek kerana Thailand mempunyai undang-undang lèse-majesté yang ketat. Yang menjadikannya haram untuk memfitnah, menghina atau mengkritik mana-mana ahli keluarga diraja Thai.

Hukuman boleh mengakibatkan penjara sehingga 15 tahun. Kumpulan hak asasi manusia telah membantah, tetapi perdana menteri berhujah bahawa undang-undang itu perlu untuk melindungi keluarga diraja.

Baca Lagi:
Isteri tipu suami kononnya pergi gim, sekali kantoi pergi ‘check in’ hotel dengan polis
‘Macam mana boleh renew roadtax?’, Mercedes-Benz GLC miliki 397 saman bernilai RM118,700 tular
Tegur payudara besar, lelaki maut ditikam
CATEGORIES