King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah.

Semakin lama semakin banyak kereta kita tengok di atas jalan. Makin susahlah nak cari parking kan?

Tambah pula bila tengah rushing dalam waktu puncak! Memang boleh mengundang kemarahan kadang-kadang.

Bila parking tak ada, terpaksalah double park. Tapi, ada caranya. Kalau nak double park, kereta perlu diletakkan pada mode N agar mudah dialihkan jika perlu.

Selain itu, jangan lupa tinggalkan nombor telefon untuk senang dihubungi. Kot kot berlaku kecemasan ataupun kereta tak dapat dialihkan.

Dah double park tu jangan la pulak undang kesal orang lain. Mengundang masalah namanya tu.

Persis kisahnya seperti yang terjadi di Kuchai Lama beberapa hari lepas di mana ‘king’ iaitu Perodua Myvi telah double park dan menyumbang bala kepadanya.

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

Menurut posting yang dibuat oleh GeneGene Ng di page Facebook bernama Malaysia Automotive Shitposting, Myvi tersebut double park tanpa meninggalkan sebarang nota mahupun nombor telefon.

Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu. Pemilik kereta yang bengang akibat keretanya dihalang telah membunyikan hon selama 35 hingga 40 minit.

Boleh bayangkan betapa bingitnya laungan hon yang dibunyikan itu sehingga pemilik perkongsian ini juga mengaku telinga sakit ketika dalam situasi tersebut!

Setakat ini, perkongsian ini telah dikongsikan sebanyak 234 kali dan mendapat 1.4 ribu tanda suka!

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dan bersetuju dengan tindakan yang diambil pemilik kereta yang dihalang itu kerana meletakkan tong sampah di atas bumbung dan bonet ‘king’ sebagai pengajaran.

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

Selain itu, rata-ratanya berpendapat sepatutnya ‘buat’ lebih lagi pada kereta tersebut. Malah, bagi mereka seandainya jika kereta yang dihalang itu berada dalam keadaan kecemasan, memang wajar untuk pecahkan cermin kereta itu.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di Facebook

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

King Myvi suka buat hal, netizen puas hati dihempap dengan tong sampah

Baca Lagi:

5 punca utama kenapa Elon Musk pilih Indonesia bukan Malaysia untuk melabur

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Tiga anggota LTTE dari Selangor akan datang bunuh saya, mereka tahu alamat rumah saya – Ayob Khan

CATEGORIES