Khas untuk yang ‘first time’ nak isytihar ‘income tax’, boleh ikut cara ini ‘step by step’

Khas untuk yang ‘first time’ nak isytihar ‘income tax’, boleh ikut cara ini ‘step by step’

Khas untuk yang ‘first time’ nak isytihar ‘income tax’, boleh ikut cara ini ‘step by step’. Bagi mereka yang sudah bekerja, tidak kira sama ada baru setahun mahupun lebih daripada lima tahun, pastinya adalah sangat dituntut untuk mengisytiharkan cukai pendapatan.

Namun, masih ada segelintir individu yang baru pertama kali dan tidak tahu mengenai bagaimana prosedur untuk mengisytiharkan cukai.

Sehubungan itu, ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Azrul Izzaham di laman Twitter beliau mengenai cara untuk mengisytiharkan cukai buat kali pertama.

Khas untuk yang 'first time' nak isytihar 'income tax', boleh ikut cara ini 'step by step'

Harini 28 Februari 2023. Apa makna tarikh penting ni untuk orang yang makan gaji?

Tarikh ni adalah hari akhir patutnya majikan kena keluarkan borang EA/EC kepada pekerja.

Borang EA/EC ni cerita pendapatan penggajian tahunan korang.

Cara Untuk Isytihar Income Tax Secara Dalam Talian

First time nak declare cukai (makan gaji), ni ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ye.

1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website http://mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.

2. Masukkan maklumat yang diperlukan macam dalam untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah.

3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website https://mytax.hasil.gov.my

4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.

5. Nanti dia akan keluar notification macam ni kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,

a. e-CP55D – Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.
b. e-KYC – Selfie, snap gambar IC.

e-CP55D, lepas upload IC, nanti LHDN akan emelkan satu link URL dia panggil pengaktifan nombor pin. Klik link, setup password semua.
e-KYC kaedah ni kena pakai phone, kena download apps MyTax. Lepas selfie, akan keluar paparan untuk setup password.

6. Settle setup password, baru boleh login ke sistem MyTax ni. Tak kisah login dekat website ke ataupun melalui phone. Untuk login kena masukkan nombor kad pengenalan dan password yang korang setupkan tadi.

7. Nak declare cukai, kena ada maklumat gaji. Maklumat gaji ni kena dapat dari majikan. Majikan akan keluarkan borang EA (Pekerja Swasta) / EC (Agensi Kerajaan) untuk bagitau berapa gaji tahunan korang (Merangkumi semua bonus, elaun dan lain-lain).

Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.

8. Nanti 1 Mac 2023, baru boleh mula declare gaji korang dalam sistem MyTax. Loginlah semula ke sistem MyTax tu dan pergi klik Perkhidmatan ezHasil – e-Filing – e-Borang – e-BE Tahun Taksiran 2022

9. Akan keluar paparan baru (Tak boleh tunjuk contoh sebab 1 Mac nanti baru ada borang cukai tahun 2022), dalam paparan baru tu korang isi maklumat yang diperlukan. Bahagian maklumat income, ambik dari borang EA/EC tadi transfer ke dalam borang cukai. Termasuk maklumat PCB.

10. Dalam nak isi maklumat dalam borang e-BE tahun taksiran 2022, akan ada bahagian untuk tuntut pelepasan cukai yang korang layak. Ni lah bahagian yang orang dok cakap pasal resit boleh tolak cukai tu. Nak tuntut pelepasan wajib ada resit, dokumen bukti ya.

11. Lepas dah siap semua, pergi dekat rumusan, korang akan dapat paparan bagitau berapa cukai korang kena / tak kena cukai. Kalau korang ada PCB, nanti boleh set off samada kena topup cukai atau dapat refund. Kalau ada bayar zakat pun sama.

12. Tahun depan, repeat je step sama.

Benda senang je. Korang kena cuba declare cukai ni. Kalau dah lalui pengalaman tu baru senang lagi nak faham. Baca thread atau tengok video ni, tak sama pengalaman dengan feel kita buat sendiri.

Cubalah ye.

Baca Lagi:
‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan
Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas
Ramai terkejut rupanya Beto Kusyairy pegang tangan lelaki bukan tangan Diana Danielle, wanita dedah disebalik tabir buat poster IMAGINUR
CATEGORIES