Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas

Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas

Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas. Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.

Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.

Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.

Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.

Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.

Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.

Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.

Baca Lagi:
KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani
Pemuda ini rayu Agong tarik semula gelaran ‘Tan Sri’ Hadi Awang
Lelaki ini berjaya rakam ruang dalaman Proton X90 (VX11) buat kali pertama sebelum keluaran rasmi
CATEGORIES