‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan

‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan

‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan. Assalamualaikum and hye all. Nama aku Hani, umur aku 25 tahun.

Hari ini aku cuma nak luahkan segala kekecewaan yang terbuku dalam hati aku. Saja tulis sini. Kalau admin tak siarkan pun, sekurang-kurangnya aku dah berjaya luahkan apa yang terpendam.

Februari 2023 yang lepas, aku terima email daripada pihak syarikat tempat aku bekerja, aku diberitahu bahawa kontrak perkhidmatan aku akan ditamatkan pada tarikh sekian-sekian iaitu sekitar bulan Mac ini.

'Merempat di negara sendiri', pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan

Aku bekerja dalam sektor swasta dalam bidang servis pengeposan barang atau mudahnya parcel delivery dengan sebuah syarikat ternama.

Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku diberitahu lebih awal, sebab ada batch sebelum aku tanpa sebarang makluman tiba-tiba datang kerja nak thumbprint tak boleh, nama dah tiada dalam sistem.

Kecewa, hampa. Aku faham perasaannya. Ralat, terkilan. Sukar nak difahami kalau kau tak pernah melalui.

Tenang, aku tenang turunkan tandatangan tanda setuju khidmat aku tidak lagi diperlukan, sebab sebelum-sebelumnya aku dah puas menangis masa rakan-rakan sejawat aku satu demi satu meninggalkan aku.

Aku sudah bersedia, aku sudah siapkan mental dan fizikal menanti hari ini. Cuma yang aku tak faham kenapa pengurusan syarikat itu begitu.

Kenapa pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan untuk mengganti posisi orang-orang yang sudah dibuang ini? Apa logiknya di situ?

Sedangkan para pekerja lama inilah yang menaikkan syarikat itu sewaktu mula bertapak, kemudian dilanyak sampai lunyai. Mana cawangan berlaku overload parcel, pekerja inilah yang dikerah ke sana sini untuk selesaikan masalah.

Aku terima dan pasrah rezeki sampai di sini saja. Aku faham dunia memang tempat yang kejam. Aku faham juga pihak paling atas di syarikat orang dari “mainland”, tiada yang aneh kalau tiada hati perut atau budi bicara.

Yang buat aku agak terkilan, ketua cawangan aku diamkan saja semua ini. Dia elakkan bertentang mata dengan aku. Dia buat aku seolah tak wujud.

Sepatah kata pun dia tak ucap. Aku cuma bersendirian menghadapi hari-hari terakhir aku di tempat kerja tanpa sesiapa tahu apa yang bergolak dalam hati aku.

Setidaknya berbudi bahasalah, ucaplah sesuatu untuk membuat aku merasa sedikit baik setelah kehilangan punca rezeki begini dengan keadaan dah nak dekat puasa dan raya. Tegurlah aku macam biasa, apa salahnya.

Aku rasa macam sampah, sikit pun tidak dihargai. Bila nak guna cari, bila dah tak nak buang saja.

Aku mula tertekan memikirkan komitmen bulanan yang bukan sedikit.

Keadaan ibu yang tua dan uzur, biaya kos rawatan. Makanan kucing dalam tong yang pasti kian hari kian menyusut. Ansuran bulanan kereta, mujurlah kereta terpaling rakyat marhaen saja aku beli. Semuanya menyesakkan dada.

Jadi aku perlahan-lahan cari kerja di tempat lain. Baru aku tahu betapa susahnya nak mencari kerja zaman sekarang.

Semasa aku beratur mahu interview di sebuah kilang tempoh hari, aku sempat mendengar keluhan orang sekeliling

Kata mereka puas mohon sana sini, beratur panjang bersesak ramai. Lepas interview disuruh balik, nanti mereka akan maklumkan semula.

Jawabnya hampa. Buang masa pagi sampai petang beratur, apa pun tak dapat. Dari kilang ke kilang, semua sama. Hujungnya menyepi.

Tambah menyedihkan, ada kilang yang hanya mahu mengupah tenaga kerja asing, tidak mahu ambil rakyat tempatan.

Kalau ada pun mahu rakyat tempatan, hanya terbuka kepada warga Sabah dan Sarawak, orang semenanjung tidak akan dilayan. Orang Malaysia malas, kata mereka.

Yang malas bukan semua, tapi kami dipukul sama rata. Adilkah begitu? Betapa ramai yang sanggup datang sebelum mata hari terbit, beratur demi secebis peluang pekerjaan yang tipis, tapi pulang kecewa dengan senyuman pura-pura tabah.

Aku rasa seolah-olah sedang merempat di tanah air sendiri. Aku di diskriminasikan di negara tumpah darahku, aku terpaksa bersaing sengit dengan lambakan pekerja asing.

Kejam. Tidak perlu dinafikan lagi, dunia sangat kejam. Anak muda tertindas. Nazak, tenat. Aku tahu bukan aku saja. Aku tahu ramai yang senasib.

Yang masih ada kerja, kerjalah dulu. Sekarang bukan masanya mahu memilih dan mengada-ngada. Janganlah mengeluh. Di luar sini betapa ramai yang sekarang menganggur, tertekan dan terdesak.

Aku sendiri, pernah suatu hari rasa kecewa dengan hidup. Rasa takut nak melalui hari yang mendatang.

Kadang-kadang tengah drive seorang diri, rasa nak tekan pedal minyak rapat ke lantai, biar laju maksimum, biar kereta yang aku pandu itu hilang kawalan dan tercampak ke gaung mana-mana.

Kadang-kadang bila naik bangunan tinggi-tinggi, tengok ke bawah dan rasa nak terjun. Bila lalu jambatan panjang di utara tanah air, rasa nak berhenti dan humbankan diri ke dalam lautan. Selesai.

Sampai ke situ aku pernah terfikir mahu selesaikan masalah dengan cara yang mudah.

Kesal. Aku rasa kesal dengan hidup, rasa kecewa, rasa macam tak siapa peduli tentang aku. Nampak luarannya aku tenang, tapi di dalam tak siapa tahu macam nak gila rasanya.

Apa pun, berbaliklah semula kepada Allah. Ingat Allah. Allah ada. Allah tak akan membebani seseorang diluar kemampuannya. Jangan berhenti berbuat kebaikan, kita tak tahu apa takdir Allah seterusnya.

Semoga semua yang diuji sentiasa dalam lindungan Allah.

– Honeymadu (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Penduduk gempar beratus buaya kelaparan sampai makan sesama buaya
“Bini dia tak jealous ke?”, Aksi Remy Ishak dan Maya Karin menari jadi bualan hangat netizen
KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani
CATEGORIES