Sokongan MP tak langgar akta lompat parti – Muhyiddin

Sokongan MP tak langgar akta lompat parti – Muhyiddin

Sokongan MP tak langgar akta lompat parti – Muhyiddin. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap yakin dapat membentuk kerajaan selepas memperoleh akuan sumpah (SD) mencukupi daripada ahli parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Katanya, akuan bersumpah itu akan dikemukakan esok sekali gus bukti mempunyai sejumlah ahli parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sokongan gabungan itu kepada PN, Muhyiddin berkata, Perlembagaan jelas menyatakan sokongan ahli parlimen terhadap calon perdana menteri bukan daripada parti semata.

Sokongan MP tak langgar akta lompat parti - Muhyiddin

“Sokongan boleh secara individu, kumpulan atau parti pun boleh tetapi jika ada ahli parlimen lain hendak menyokong saya, itu hak ahli parlimen itu,” katanya kepada pemberita malam ini.

Menurutnya, bersandarkan kepada Perlembagaan negara, seseorang yang hendak menjadi perdana menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli parlimen, sekurang-kurangnya 112 kerusi.

“Dia tak sebut semestinya datang dari parti A, parti B atau parti C, jadi itu tafsiran dari Zahid Hamidi… itu pandangan dia.
“Ia tak menghalang mana-mana parti… seperti kita bincang tadi bukan semua datang daripada BN tetapi ada Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Bebas dan tidak melanggar peruntukan akta lompat parti kerana mereka tidak keluar parti, tetapi secara individu, ahli parlimen hatta Bebas menyatakan sokongan kepada saya.
“Jadi itu tidak menyalahi dari segi akta lompat parti,” katanya.
Baca Lagi:
Zahid nafi BN runding dengan GPS tubuh kerajaan bersama PN
29 ahli Parlimen BN kecuali Zahid sudah tandatangan SD sokong Muhyiddin PM ke-10
Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO
CATEGORIES