Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah

Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah

Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah. Seorang lelaki di Thailand didakwa menembak kemaluan suami baharu bekas isterinya menggunakan sepucuk pistol kerana cemburu melihat mereka berkahwin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Bunteurm Oonkaew, 37, didakwa menyerang mangsa selepas mabuk bersama teman wanitanya.

Ketika kejadian, dia pergi ke rumah bekas isterinya di Chumphon, selatan Thailand pada malam Khamis lalu sebelum membuka pintu dan mengacukan pistol ke arah Somchai Sakoolchai, 40.

Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah paha mangsa. Bekas isterinya, Ubonrat, 35, kemudian menghubungi polis lalu lelaki itu ditahan.

Kerana cemburu, lelaki tembak kemaluan suami bekas isteri sampai cedera parah

Ketika disoal siasat, Bunteurm sambil ketawa mendakwa bahawa pistol itu telah ‘tersilap’ tembak. Dia bagaimanapun ditahan reman kerana cubaan membunuh.

Somchai dalam pada itu dibawa ke sebuah hospital. Dia dilaporkan berada dalam keadaan sedar tetapi kemaluannya cedera parah sehinggakan paramedik bimbang ia tidak dapat berfungsi lagi.

“Saya baru pulang dari tempat kerja dan sedang duduk minum di dalam bilik bersama teman wanita sebelum bangun dan mengeluarkan pistol yang saya simpan di dalam almari.
“Saya berjalan melepasi rumah bekas isteri, jadi saya berhenti untuk bercakap dengannya. Namun, saya secara tidak sengaja memegang pistol dan menarik picu.
“Tembakan dilepaskan dan mengenai bahagian antara kaki Somchai, tetapi saya tidak berniat untuk berbuat demikian,” kata Bunteurm.

Ubonrat memberitahu polis bahawa dia mempunyai dua anak dengan bekas suaminya dan mereka telah bercerai sekitar enam tahun lalu.

Baca Lagi:
Anwar guna BMW nombor plat ‘klon’ milik Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, dakwa bekas pembantu
Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat
Lembu cari tuan sampai ke kedai makan, intai dari jauh macam bini tengok laki melepak
CATEGORIES