Bilik Gerakan MIC dibakar

Bilik Gerakan MIC dibakar

Bilik Gerakan MIC dibakar. Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, semalam.

Jurucakap Media PRU-15, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan tentang kejadian itu pada 10.37 malam tadi.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima satu laporan polis berkaitan kejadian khianat dengan membakar khemah di Bilik Gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat.
“Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Bilik Gerakan MIC dibakar

Menurutnya, suspek disyaki dalam keadaan mabuk ketika tangkapan dibuat dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, polis menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Baca Lagi:
Tuan Ibrahim sangkal dakwaan pakar Kelantan bakal tenggelam seperti Jakarta
Najib Asaddok dedah gaji bulanan yang perlu anda dapat untuk pakai Ferrari
Mati ketika mesyuarat PAS lebih mulia dari mati ketika sujud dalam solat
CATEGORIES