‘Kenyataan balas Zafrul, hanya untuk menutup masalah sebenar’

anwarreuters 1580996600

‘Kenyataan balas Zafrul, hanya untuk menutup masalah sebenar’. Kenyataan balas Menteri Kewangan kepada soalan yang diajukan saya berkenaan pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM2.5 bilion kepada Genting Hong Kong (GHK) ternyata tersasar dari isu sebenar yang kini cukup memprihatinkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Zafrul menyatakan bahawa pinjaman tanpa cagaran itu adalah norma dan praktik biasa dalam sektor perbankan, dan bank-bank tidak akan dihadapkan dengan kerugian.

Lagak santai dan bersahaja beliau dalam memberi pencerahan tentang isu ini amat mengecewakan tatkala kita sedia maklum bahawa badan-badan atau tabung-tabung kewangan utama negara mempunyai pertalian pelaburan yang cukup besar di dalam bank-bank tempatan di negara ini.

Apabila bank-bank mengalami kerugian, kepentingan rakyat turut terkesan. Dalam isu pinjaman tanpa cagaran kepada GHK, kerugian yang ditanggung Maybank, CIMB dan RHB akan turut ‘ditanggung’ oleh rakyat Malaysia.

'Kenyataan balas Zafrul, hanya untuk menutup masalah sebenar'

Malaysia telah lama berselirat dengan pelbagai skandal kewangan; dari skandal Bumiputera Finance hingga 1MDB di mana berbilion ringgit lesap dek kerana salahguna kuasa, rasuah dan ketiadaan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban oleh badan-badan bertanggungjawab.

Kebejatan secara sistemik ini tertonjol dengan nyata tatkala kedudukan kita menurut Indeks Persepsi Rasuah merudum teruk sejak dua tahun lalu. Dan ianya berlaku di bawah kemudi menterinya yang sekarang.

Saya setuju bukan kerja Menteri Kewangan untuk menyemak atau meneliti bagaimana bank-bank sepatutnya beroperasi.

Namun, Menteri Kewangan yang cekap pasti akan menonjolkan sikap dan nilai integriti yang tinggi dalam mengurus peruntukan dan dana, terutamanya di saat ini di mana jutaan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan masalah pengangguran, keadaan ekonomi yang belum kukuh serta masalah kemiskinan.

Tidak kurang sebilangan rakyat yang menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman kerana dampak hentakan wabak COVID-19 ke atas ekonomi kita.

Masalah bankrupsi yang kini dihadapi oleh segelintir yang lain ternyata satu pukulan maut.

Kepada para tauke yang ada ‘cable’, masalah ini dianggap “tidak ada kerugian material”, dan sebaliknya boleh ditangani dengan sedikit pengstrukturan korporat.

Kepada ahli-ahli ekonomi, ia hanya “risiko moral”. Namun, rakyat Malaysia melihatnya sebagai satu bentuk ketidakadilan.

Zafrul adalah kepala Perbankan Pelaburan semasa di Maybank apabila urusan pinjaman kepada GHK dibuat. Dia kemudiannya berkhidmat di dalam badan eksekutif di CIMB semasa pinjaman kepada GHK diservis.

Dia telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan selama hampir dua tahun. Dia mempunyai kepakaran yang luas berhubung perjanjian itu, dan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pindaan yang mampu memastikan manfaat kepada pengguna-pengguna bank, tapi itu tidak berlaku.

Ringkasnya, hanya ada seorang yang mampu merundingkan perjanjian yang lebih baik kepada GHK bagi pihak rakyat Malaysia iaitu Menteri Kewangan sekarang. Ternyata beliau telah gagal.

ANWAR IBRAHIM

Baca lagi:  Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

Percaturan politik Azmin mula tunjuk kepincangan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.