Mana lebih utama, solat awal waktu sendirian atau lewat tapi berjemaah?

Solat 1

Mana lebih utama, solat awal waktu sendirian atau lewat tapi berjemaah? Tuntutan solat adalah tuntutan yang utama dalam agama Islam. Kesempurnaanya perlu dijaga agar tidak menjadi sia-sia, malah seorang Muslim dituntut untuk memelihara perkara lain yang boleh melengkapkan lagi solat iaitu solat secara berjemaah serta solat pada awal waktu.

Namun ada kalanya apabila kita ingin solat berjemaah, ada halangan lain yang timbul contohnya jika ingin solat bersama keluarga, maka perlu menunggu ahli keluarga lain yang masih berada di dalam tandas, atau perlu menunggu suami yang masih belum pulang dari kerja.

Jika di tempat kerja pula, solat tidak dapat disegerakan kerana ingin menunggu rakan yang sedang bermesyuarat atau ada kerja perlu disiapkan segera.

Dalam keadaan ini, mana satu yang perlu diutamakan? Solat awal tetapi sendirian atau solat lewat tetapi berjemaah?

Pada asalnya, yang paling utama tentulah kedua-duanya iaitu solat secara berjemaah dan pada awal waktu. Walau bagaimanapun dalam isu seperti di atas, ulama Mazhab Syafie berbeza pendapat berkenaan hal ini.

Abu Al-Qasim Al-Daraki, Abu Ali Al-Tobari dan Imam Al-Mawardi mengutamakan kelebihan solat berjemaah meskipun lewat berbanding solat sendirian pada awal waktu.

Manakala Imam Ghazali dan Imam Al-Juwaini mengutamakan solat sendirian pada awal waktu berbanding solat lewat tapi berjemaah.

Sedangkan Imam Al-Ruyani membawa dua pendapat daripada Imam Syafie yang saling bertentangan.

Dalam pandangan lama (qaul qadim) Mazhab Syafie mensunatkan melewatkan solat untuk mendapat pahala berjemaah.

Dalam pandangan baru dalam Kitab Al-Umm, solat awal waktu tetapi sendirian lebih diutamakan.

Seorang ulama bernama Qadhi Abu Al-Toyyib pula meletakkan syarat jika diyakini dapat berjemaah, jadi melewatkan solat itu lebih utama tetapi jika tidak yakin, maka sebaiknya solat pada awal waktu meskipun bersendirian.

Dalam contoh situasi pada awal tadi, seorang isteri boleh solat secara sendirian dahulu pada awal waktu kemudian solat berjemaah dengan suami apabila dia pulang. Maka solat kedua menjadi solat sunat baginya. Tetapi jika dia ingin solat sekali sahaja, maka lebih utama untuk menunggu suami dan melewatkan sedikit solat berjemaah.

Sama juga dengan situasi ketika di pejabat, boleh melewatkan sedikit solat untuk menunggu rakan-rakan lain untuk berjemaah berbanding solat sendirian.

Kesimpulannya, lebih utama untuk melewatkan sedikit solat untuk menunggu orang lain berjemaah dengan syarat tidak terlajak daripada waktu solat. Wallahua’lam.

Mufti Wilayah

Baca lagi:  Amalkan 6 perkara ini untuk menjemput rezeki

Ini cara sebenarnya sembur minyak wangi untuk bau kekal lama

Ini cara mudah hilangkan kesan kuning pada Blender ramai orang tak tahu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.