‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor. Ketika nama Dr. Maszlee Malik disebut-sebut berkemungkinan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Menteri Besar Johor, tidak semena-mena Ahli Parlimen Simpang Renggam itu dikaitkan dengan isu rasuah ketika bergelar Menteri Pendidikan, sebelum ini.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tse melihat perkara itu sebagai satu intimidasi politik terhadap Maszlee.

Lebih mengejutkan katanya, Maszlee sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi dakwaan terima rasuah di saat bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kian memuncak.

‘Baru disebut-sebut Maszlee calon MB terus ada kes rasuah’ – soal PKR Johor

“Mengapa kes ini tidak timbul dahulu? Mengapa siasatan SPRM tiba-tiba muncul di tengah-tengah bahang PRN Johor akan diadakan tidak lama lagi dan kebetulan nama Maszlee juga disebut-sebut kemungkinan sebagai calon PH untuk Menteri Besar Johor?

“Seolah-seolah terdapat campur tangan politik yang ingin mengacau fokus PKR Johor dan melakukan intimidasi politik ke atas Maszlee,” dakwanya dalam kenyataan hari ini.

Akhbar melaporkan siasatan yang dijalankan SPRM terhadap bekas Menteri Pendidikan itu adalah berhubung dakwaan beliau menerima sejumlah wang bagi digunakan untuk aktiviti politiknya.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu didakwa menerima wang daripada seorang pembekal untuk Kementerian Pendidikan dan menerima sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dari satu syarikat di bawah kementerian itu.

SPRM bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya pegawai suruhanjaya itu melakukan intimidasi sebagaimana didakwa Maszlee.

Dalam pada itu, Jimmy Puah berkata, pihaknya kecewa dengan SPRM setelah dua ahli politik PH dikaitkan dengan dakwaan rasuah membabitkan Maszlee dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa.

Bagaimanapun katanya, siasatan yang dijalankan suruhanjaya berkenaan tidak akan melunturkan semangat PKR Johor untuk menghadapi PRN Johor ke-15.

“Amat mengecewakan, apabila kes yang melibatkan (Tan Sri) Azam Baki sehingga kini tidak pun disiasat sebaliknya ahli politik daripada PH pula yang disiasat bermula dengan Sivarasa dan terbaharu Maszlee.

“Namun, saya memuji sikap Maszlee yang tenang mengalu-alukan siasatan dijalankan. Inilah prinsip berani kerana benar dan saya cukup yakin siasatan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat PKR Johor menghadapi PRN Johor. Lawan tetap lawan,” katanya.

Baca lagi:

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

PRN Johor: PAS mahu semua kerusi BN tewas, bukan hanya empat

Mana maruah Mazlan, boleh jadi dia tahu tak jadi calon – Muhyiddin

CATEGORIES
TAGS