Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?. Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menjelaskan mengapa tiga bank berkaitan kerajaan menyediakan RM2.51 bilion pinjaman tidak bercagar kepada Genting Hong Kong Ltd.

“Walaupun syarikat itu berdaftar di Hong Kong, pemiliknya adalah ahli perniagaan Malaysia yang sekurang-kurangnya perlu diminta jaminan peribadi atau simpanannya dalam syarikat yang dimilikinya di Malaysia,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Straits Times Singapura, tiga bank berkenaan – Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad – dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion).

Pada 18 Januari lalu, Genting Hong Kong, yang terlibat terutamanya dalam industri kapal persiaran, memfailkan penggulungan perniagaannya selepas syarikat itu tidak dapat membayar hutangnya. Dua hari kemudian, pengerusinya Lim Kok Thay meletak jawatan.

Syarikat itu memiliki tiga laluan utama kapal persiaran (Dream, Star dan Crystal), Resorts World Manila dan beberapa limbungan kapal.

Seperti kebanyakan syarikat berkaitan pelancongan yang lumpuh akibat wabak Covid-19, operasi Genting Hong Kong juga tidak terkecuali.

Anwar, yang juga adalah bekas menteri kewangan, berkata kerajaan mempunyai kepentingan besar dalam ketiga-tiga bank terbabit.

Kepentingan ini dipegang melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sehubungan itu, Anwar menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan mengapa bank-bank tersebut dibenarkan memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada Genting Hong Kong.

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

“Menteri Kewangan juga dituntut menjelaskan bagaimana pinjaman RM2.51 billion ini akan dibayar oleh Genting Hong Kong yang sudah muflis.

“Bagi saya, penjelasan ini perlu disegerakan bagi mengelak skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) Hong Kong berulang,” katanya.

Skandal BMF tercetus pada tahun 1983, juga melibatkan pinjaman besar kepada syarikat yang berpangkalan di Hong Kong.

Kerajaan akhirnya terpaksa menyelamatkan Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) dengan berbilion-bilion ringgit.

Baca Juga : Mana maruah Mazlan, boleh jadi dia tahu tak jadi calon – Muhyiddin
Dua pelajar kolej kesihatan dikecam tidak profesional
FAM tidak cerita perkara sebenar di sebalik kegagalan Harimau Malaya
CATEGORIES
TAGS