17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan

17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan

17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan. Ketua Srikandi Bersatu Temerloh, Siti Aisyah Ismail melepaskan jawatan dalam sayap parti itu berkuat kuasa serta merta selepas berasa dipinggirkan daripada parti itu.

Pengumuman itu dibuat Siti Aisyah dalam sidang media di Mentakab, dekat Temerloh, petang tadi.

Turut mengikut jejak langkah yang sama ialah seramai 17 ahli jawatankuasa (AJK) sayap parti berkenaan.

17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan

Siti Aisyah berkata, surat peletakan jawatan itu sudah dihantar kepada ibu pejabat Bersatu pada 30 September dan diterima Setiausaha Bersatu Temerloh, Syed Omar Syed Abdul Aziz pada 11 Oktober lalu.

“Keputusan (perletakan jawatan) dibuat selepas merasakan hak untuk menjaga ahli dan sebagai Ketua Srikandi dinafikan pimpinan atasan.

“Kami sudah cuba mengadakan perbincangan dengan pimpinan Bersatu Temerloh dan Pahang sejak setahun lalu, namun tidak berhasil.

17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan

“Saya membuat keputusan ini kerana tidak mendapat kerjasama dalam menjalankan amanah diberikan dan daripada duduk, tidur lebih baik letak jawatan sahaja,” katanya.

Turut meletak jawatan dalam sidang media itu ialah Pengerusi Tetap Srikandi Temerloh, Naib Ketua Srikandi Temerloh, sembilan AJK Srikandi, empat ketua Srikandi cawangan dan empat AJK Bahagian.

Siti Aisyah mendakwa sikap kepimpinan bahagian yang tidak boleh bertolak ansur dan ‘pilih bulu’ juga menyebabkan Srikandi Temerloh terasa seperti diabaikan.

17 AJK dan ketua Srikandi Bersatu Temerloh letak jawatan

Bersatu Temerloh kini diterajui Mohd Yusoff Abdullah yang memangku jawatan Ketua Bahagian Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno pada Ogos tahun lalu.

Siti Aisyah bagaimanapun memberitahu dia hanya meletak jawatan sebagai Ketua Srikandi dan belum membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Siti Aisyah dilantik sebagai penaja Srikandi pada 2016 dan menang pemilihan parti itu pada 2020.

Baca Lagi:
Panas! Pemimpin PKR ditahan PDRM
Dalam IC pun ada duit, ini cara nak claim
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES