Kanak-kanak 9 tahun maut dihimpit pagar garaj ketika main sorok-sorok

Kanak-kanak 9 tahun maut dihimpit pagar garaj ketika main sorok-sorok

Kanak-kanak 9 tahun maut dihimpit pagar garaj ketika main sorok-sorok. Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Australia ditemui maut akibat dihimpit pagar garaj rumahnya, selepas terperangkap semasa main permainan sorok-sorok, lapor Daily Star.

Menurut ayahnya, mangsa ketika itu sedang bermain permainan sorok-sorok bersama rakannya dan apabila dijumpai, tubuhnya sudah dihimpit oleh pintu garaj.

“Kami berada di tingkat atas rumah dan apabila saya pergi untuk melihat keadaannya, dia tersangkut di pagar garaj. Saya melihat mereka berdua tersangkut di pagar.
“Saya berfikir mereka bermain sorok-sorok. Tetapi apabila saya semakin dekat, saya nampak darah mengalir keluar dari mulut anak saya,” katanya semasa menerangkan mengenai kejadian itu.

Kanak-kanak 9 tahun maut dihimpit pagar garaj ketika main sorok-sorok

Ujarnya, dia mahu menolong mengeluarkan anaknya namun pagar garaj itu terlalu besar dan susah untuk mengalihkannya.

“Saya cuba untuk menurunkan pintu pagar tetapi tidak boleh kerana ia terlalu besar dan berat. Saya sentuh kepalanya, saya sentuh jari dia semuanya sejuk.
“Namun rakannya seakan sedar dan menjerit meminta pertolongan,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat juga bergegas ke rumah mereka untuk cuba membantu menyelamatkan mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu rakan mangsa yang turut bermain sama ketika kejadian pula berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat di hospital.

Difahamkan punca kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis Victoria, tapi mereka tidak menganggap insiden berkenaan sebagai sesuatu yang mencurigakan.

‘Seorang budak yang baik’

Ayah mangsa berkata mangsa yang juga digelar sebagai ‘budak manis’ adalah merupakan seorang anak yang baik dan comel.

“Saya sangat merinduinya. Dia suka bermain bola sepak, dia juga suka bercakap mengenai bola sepak,” katanya.

Insiden itu mengejutkan beberapa ahli keluarga terdekat kerana mereka tidak menyangka mangsa akan pergi begitu cepat.

Bapa saudara mangsa juga didapati sedih dengan kejadian yang berlaku, selain berang dengan kekurangan mekanisme keselamatan di pintu garaj berkenaan.

Baca Lagi:
Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen
Hanya pakai coli, acara tarian yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *