Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi

Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi

Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi. Peguam yang bertindak bagi pihak Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut ganti rugi daripada Ketua PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana didakwa memfitnahnya melalui ucapannya di Tambun, Perak pada 13 Nov.

Antara lain, Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi parlimen Tambun menuntut Sanusi menarik balik dan memohon maaf tanpa syarat atas kenyataannya, dan membayar ganti rugi RM10 juta serta yuran guaman.

Surat tuntutan yang dihantar melalui firma guaman SN Nair & Partner bertarikh hari ini mengatakan jika tiada balasan diterima daripada Sanusi dalam tempoh tiga hari, mereka mempunyai arahan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadapnya.

Dalam ucapannya di Tambun, Sanusi mengungkit sabitan Anwar atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, dengan mengatakan Anwar “muflis moral”.

Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi RM10 juta dari Ketua PAS Kedah Sanusi

Melalui surat tuntutan itu, peguam Anwar mendakwa ucapan Sanusi adalah fitnah dengan menggambarkan Anwar antara lain sebagai korup, manipulatif, tidak berprinsip, cenderung berkelakuan songsang dan bukan muslim yang baik.

“Pihak kami telah diarahkan oleh anak guam kami untuk menegaskan bahawa pengampunan penuh telah pun diberikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kepada anak guam kami pada atau sekitar 16 Mei 2018 yang mempunyai efek perundangan untuk membersihkan kesemua rekod jenayah dan sabitan lampau semenjak 1998 sehingga 2018 […]

“Namun demikian, tanpa mengambil kira pengampunan penuh tersebut telah diberikan, kamu telah bertindak, dengan pengetahuan penuh mengenai pengampunan penuh tersebut, untuk mengungkapkan dan/atau menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan semula perkataan-perkataan memfitnah dan penerbitan-penerbitan memfitnah tersebut dan dalam berbuat demikian, kamu telah mencemarkan dan mengejek pengampunan penuh yang telah diberikan DYMM Yang di-Pertuan Agong dan telah melakukan penghinaan terhadap institusi raja-raja Malaysia,” kata surat tuntutan itu.

Surat itu juga menuduh Sanusi mengaibkan kuasa Agong dan mencabar proses dan keputusan pengampunan penuh, yang boleh menjadi kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Baca Lagi:
70 tokoh ilmuwan profesor Melayu pilih Anwar Ibrahim calon PM10
Rupanya ini sebab kenapa ramai orang bunuh kucing
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *