Jika berlaku banjir besar, SPR boleh tangguh PRU15 – PM

Jika berlaku banjir besar, SPR boleh tangguh PRU15 – PM

Jika berlaku banjir besar, SPR boleh tangguh PRU15 – PM. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hak menangguhkan Pilihan Raya Umum-15 (PRU15) jika banjir besar berlaku sepanjang tempoh berkempen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan lanjut akan dibuat sekiranya keadaan mendesak dan PRU15 tidak dapat dilaksanakan kelak.

Katanya, dua bulan sebelum Parlimen dibubarkan, satu mesyuarat bersama menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri bagi memastikan persediaan menghadapi banjir dalam keadaan terbaik.

Jika berlaku banjir besar, SPR boleh tangguh PRU15 - PM

“Kerajaan sudah bersedia, namun jika banjir besar berlaku sehingga tidak boleh keluar mengundi, jadi saya akan berbincang bersama SPR sekiranya ada alternatif lain untuk mengatasi masalah ini.
“Saya juga sudah mendapatkan penerangan lanjut persediaan banjir di Bukit Aman sebelum penamaan calon.
“Kerajaan dan agensi berkaitan sudah bersedia dengan pusat pemindahan sementara (PPS) diwujudkan di lokasi yang sudah dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kemayan, di sini, hari ini.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Bera beramah mesra dengan penduduk di Pasar Kerayong.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya dalam keadaan bersedia menghadapi banjir susulan monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memberi tumpuan di PPS dengan pembabitan semua agensi berkaitan pada peringkat negeri.

Katanya, pusat pengurusan bencana daerah sudah dibentuk dan masih menaruh harapan banjir kali ini tidak seteruk yang berlaku di Selangor pada tahun lalu.

Baca Lagi:
Rafizi bakal dedah satu skandal rasuah bernilai berbilion ringgit kerajaan Perikatan Nasional
Lelaki datang merisik teman wanita, tapi lain pula yang jadi…Adik teman wanita 3 kali ganda lebih cantik
Nik Amar janji 20 ekor lembu jika menang
CATEGORIES