Ibarat sarung gari ditangan sendiri, dua lelaki kantoi curi motosikal guna ‘no plate’ milik ketua pengarah

Ibarat sarung gari ditangan sendiri, dua lelaki kantoi curi motosikal guna ‘no plate’ milik ketua pengarah

Ibarat sarung gari ditangan sendiri, dua lelaki kantoi curi motosikal guna ‘no plate’ milik ketua pengarah. Tindakan dua lelaki menunggang motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Titiwangsa Off Jalan Pahang di sini pada Ahad.

Lebih malang apabila nombor pendaftaran palsu digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa itu merupakan milik seorang ketua pengarah salah satu badan penguat kuasa.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, kedua-dua suspek terbabit ditahan dalam Op Motosikal Pelbagai Kesalahan sekitar jam 11.30 pagi.

Ibarat sarung gari ditangan sendiri, dua lelaki kantoi curi motosikal guna 'no plate' milik ketua pengarah

“Telah tahan dua lelaki tempatan yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Honda C-100 berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.
“Motosikal tersebut juga masih dilaporkan hilang bersangkut repot di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022,” menurut hantaran terbabit pada Ahad.

JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, kedua-dua suspek yang berusia 46 dan 39 tahun terbabit ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan motosikal berkenaan telah disita.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu P dahulu atau handbrake dulu nak parking, ini pakar jelaskan takut rosak ‘gearbox’
Sebab badan berisi, setahun suami tak sentuh isteri, rupanya sedap layan video lucah
Jangan mudah tertipu, ini 6 cara mudah nak bezakan alatan gajet dibeli ori atau tiruan
CATEGORIES