Nik Amar janji 20 ekor lembu jika menang

Nik Amar janji 20 ekor lembu jika menang

Nik Amar janji 20 ekor lembu jika menang. Pas menawarkan 20 ekor lembu jika Parlimen Tumpat dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas meletakkan calon wanita bagi mengekalkan kemenangan PN di Tumpat.

Menurut beliau, Pas dan PN percaya calon wanita boleh meningkatkan jumlah undian.

“Kita yakin calon wanita boleh mengekalkan kemenangan di Tumpat. Saya janji 20 ekor lembu jika menang majoriti,” katanya ketika ceramah umum di Tumpat pada Ahad.

Nik Amar janji 20 ekor lembu jika menang

Pas mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Demit, Datuk Mumtaz Mat Nawi sebagai calon Parlimen Tumpat.

Selain itu katanya, perkara penting di Tumpat ialah perlu ada pelabuhan kerana dapat mempercepatkan pembangunan khususnya di Kelantan.

“Antara caranya ialah menghidupkan semula pelabuhan yang suatu ketika dahulu (pemerintahan Jepun dan Inggeris) pernah ada kemudahan itu,” katanya.

Selain itu katanya, Pas turut memperjuangkan Islam sebagai asas pelaburan yang meletakkan pelan perancangan 35 tahun.

“Kita ada pelan Wawasan Induk Negara Sejahtera yang ada perancangan jangka panjang untuk memulihkan negara,” katanya.

Mohd Amar yakin, kesemua perkara itu boleh menjadi realiti jika bersama PN dan orang muda menang dalam PRU15.

Baca Lagi:
Razman Zakaria tabur fitnah di pasar malam, dakwa Anwar Ibrahim bawa agenda LGBT kahwin lelaki sama lelaki
Lelaki menang jakpot RM143 juta dengan modal RM52 sahaja, akhirnya ini yang berlaku kepada keluarga beliau
Belajar sampai sekolah rendah je, pemuda ini raih pendapatan RM1 juta
CATEGORIES