Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu

Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu

Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu. Dihasilkan sejak tahun 2007 lagi, siri animasi popular Upin & Ipin mendapat sambutan cukup positif daripada peminat sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia. Dari awal lagi, karakter kembar ini divisualkan sebagai anak yatim piatu yang dibesarkan di bawah jagaan Kak Ros bersama nenek mereka, Opah.

1001 konspirasi & mitos tentang ibu ayah Upin & Ipin

Sebelum ini, kelompok peminat dari negara seberang sempat membuat pelbagai teori konspirasi tentang status ibu bapa kepada Upin & Ipin. Bermacam-macam tanggapan muncul yang cuma berasaskan andaian peribadi tanpa bukti sahih.

Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu

Lagi 2 minggu baru nak start episod raya…Skrip belum tulis lagi

Siapa sangka di sebalik penetapan karakter yatim piatu, rupanya ada kisah lucu yang terselit di sebalik semua itu. Dalam sebuah sesi podcast bersama kru belakang tabir, pengasas Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Hj. Burhanuddin Md Radzi mendedahkan sebenarnya mereka kesuntukan masa untuk mencipta karakter berkenaan memandangkan hari penerbitan episod khas untuk Hari Raya semakin dekat.

Itulah sejarah macam mana Upin & Ipin jadi anak yatim

Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu

Jika mahu diwujudkan, proses penciptaan model watak itu dikatakan bakal menelan masa kira-kira 2 minggu dan sudah tentu ia tidak sempat disiapkan tepat pada waktunya. Setelah berbincang dengan isterinya, Hjh. Ainon Arifin yang juga penerbit syarikat, mereka bersepakat memulakan episod tersebut dengan babak di tanah perkuburan.

Jadi konspirasi geng-geng Indonesia kita salahlah…Kita pun baru tahu ni haaaa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pendedahan itu. Sekaligus, ia mematahkan segala teka-teki mengenai kedua-dua orang tua Upin & Ipin.

Jadi tanda tanya kenapa watak Upin Ipin dicipta sebagai yatim piatu?, rupanya ada kisah lucu yang ramai tak tahu

Baca Lagi:
Jadi jutawan hanya sementara, penganjur tarik balik hadiah RM4.7 juta kepada pemuda ini selepas berjaya lontar bola keranjang jarak 22 meter
Najib boleh keluar penjara seawal Januari tahun depan?
“Mak selalu sponsor makanan bila ada jamuan dekat sekolah, satu hari ada pelajar keracunan makanan, rupanya..”
CATEGORIES