Jabatan Perikanan Malaysia sahkan kupang perairan Port Dickson tidak selamat dimakan

Jabatan Perikanan Malaysia sahkan kupang perairan Port Dickson tidak selamat dimakan

Jabatan Perikanan Malaysia sahkan kupang perairan Port Dickson tidak selamat dimakan. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengesahkan bahawa kupang yang diperoleh dari perairan Port Dickson, terutamanya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, tercemar dengan biotoksin dan tidak selamat untuk dimakan.

Wan Muhammad Aznan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, menyatakan bahawa pengesahan ini berdasarkan analisis makmal yang dilakukan di Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur.

“Hasil analisis menunjukkan kehadiran alga berbahaya seperti spesies Prorocentrum, Alexandrium, dan Pseudonitzschia pada sampel kupang yang diperoleh dari perairan Port Dickson.

Jabatan Perikanan Malaysia sahkan kupang perairan Port Dickson tidak selamat dimakan

“Jabatan akan meneruskan pemantauan secara berterusan dengan melakukan pengujian berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepekatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin dalam isi kupang tidak lagi dikesan,” katanya semasa sidang media di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson pada hari ini.

Ujarnya, pada masa ini, orang ramai disarankan untuk tidak mengambil kerangan seperti lala, kerang, dan lokan di Port Dickson. Selain itu, pihaknya juga tidak membenarkan kerangan tersebut dijual atau dipasarkan dalam pasaran awam.

“Kita membenarkan kawasan lain yang selamat untuk dijual, namun begitu pengusaha perlulah mendapat pengesahan daripada jabatan terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, makanan laut lain seperti ikan dan sotong di perairan berkenaan adalah selamat untuk dimakan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, cuaca panas mungkin antara faktor yang menyebabkan alga toksin ini merebak dan membiak dengan cepat.

Justeru, katanya, dalam tempoh 20 hari ini, orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakan kerangan dan kenyataan umum akan dibuat selepas ia selamat untuk dimakan.

Katanya, mereka sudah mengeluarkan arahan supaya penternak tidak mengeluarkan hasil kerang-kerangan masing-masing.

“Selain itu, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan terus melakukan pemantauan di kawasan perairan di daerah ini termasuklah di pasaran awam.

“Setakat ini, terdapat 40 penternak kupang di Pasir Panjang, namun hanya 19 yang berdaftar dengan jabatan ini dan kami percaya mereka patuh dengan arahan ini,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini kes keracunan kerang, Wan Muhammad Aznan menyatakan bahawa terdapat sembilan kes yang direkodkan dan pada masa ini hanya seorang pesakit, seorang lelaki berusia 70-an, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Manakala, empat lagi dijangka akan mendaftar keluar hari ini, manakala empat yang lain sudah keluar semalam (Rabu).

Baca Lagi:
Rupanya begini cara bawang MARDI ditanam setelah berjaya tuai hasil 2.3 tan pertama
Satu Cina mati akan lahir satu jutawan, satu Melayu mati, satu tanah akan tergadai
Wanita ini tunjuk cara buat duit lama bertukar jadi ‘baru’, tak perlu lagi tukar dekat bank untuk duit raya
CATEGORIES