Wanita ini tunjuk cara buat duit lama bertukar jadi ‘baru’, tak perlu lagi tukar dekat bank untuk duit raya

Wanita ini tunjuk cara buat duit lama bertukar jadi ‘baru’, tak perlu lagi tukar dekat bank untuk duit raya

Wanita ini tunjuk cara buat duit lama bertukar jadi ‘baru’, tak perlu lagi tukar dekat bank untuk duit raya. Kurang dari 10 hari lagi sebelum menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan raya sedikit demi sedikit, betul tak?

Pada masa ini, ramai yang sudah mula membersihkan rumah, menukar langsir baru, dan melakukan pelbagai persediaan lain.

Persediaan lain seperti membeli baju raya, menyediakan kuih-muih, dan menukar duit raya juga turut dilakukan oleh kita semua.

Wanita ini tunjuk cara buat duit lama bertukar jadi 'baru', tak perlu lagi tukar dekat bank untuk duit raya

Namun begitu, menukar duit baru di bank tidak semudah yang difikirkan kerana stok wang tersebut terhad.
Walaupun begitu, ada yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan duit baru dan terpaksa menggunakan duit lama untuk diberikan sebagai duit raya.

Masalahnya, duit lama yang ada dalam dompet biasanya sudah kedut dan tidak cantik untuk diberikan sebagai duit raya.

Seterika Wang Lama Untuk Hilangkan Kedutan Sebagai Duit Raya

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik satu video yang mengejutkan di mana dia menggunakan seterika untuk menghilangkan kedutan pada beberapa helai wang kertas bernilai RM20.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok melalui akaun @DKRemy dan dengan cepat menjadi viral di platform tersebut.

Dalam video itu, wanita tersebut merendam wang kertas yang kedut dalam air sebelum menyetrikanya di atas papan seterika.
Secara menariknya, kaedah tersebut ternyata berjaya kerana kedutan pada wang kertas tersebut hilang dan kelihatan seperti duit baru semula.

Video tersebut telah mendapat 2.4 juta tontonan dan lebih daripada 2000 komen di TikTok.

Apabila melihat komen-komen, kebanyakan pengguna TikTok kelihatan terhibur dengan tindakan spontan yang dilakukan oleh wanita tersebut demi mendapatkan wang yang cantik.

Pada masa yang sama, ada beberapa warga maya yang memberi amaran agar tidak menyetrika wang bernilai RM1 atau RM5 kerana ia boleh mengecut.

Selain itu, ada individu yang meninggalkan komen mengesyorkan wanita tersebut menggunakan lapik pada wang tersebut sebelum menyetrikanya kerana ia lebih selamat dan tidak merosakkan permukaan wang.

@dkremy Gara-gara payah dpt tukar duit baru,so aku Iron je lah duit supaya keras n nampak xkedut.. maka dgn ini, ON dah raya aku tahuni ni.. hahahaha #raya2024 #duitraya #duitraya2024🤑 ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Baca Lagi:
Suami bengang isteri pergi umrah tanpa izin, 10 malam terakhir suami pulun doa agar isteri tak selamat dunia, akhirat
Sejarah baru buat negara, projek tanam bawang Malaysia berjaya hasilkan 2.3tan tuaian pertama
Penting untuk semua, ketahui siapa yang kita boleh salam ketika hari raya
CATEGORIES