Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call

Photo of author

By Joe

Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call. Seorang wanita tampil mendedahkan tentang suaminya yang juga merupakan usahawan dikenali ramai di mana lelaki itu sebenarnya mempunyai hutang keliling pinggang.

Menerusi satu grup pendedahan di Facebook, Muflis Bankrup Di Malaysia, dia meluahkan apa yang terbuku di hati tentang suaminya dengan harapan boleh mendapat sokongan moral.

Perniagaan berjaya 7 tahun lalu tapi…

Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call

Ujar wanita tersebut, bisnes dijalankan oleh suaminya itu berjaya dan mendapatkan banyak keuntungan sejak tujuh tahun lalu.

Disebabkan itu, mereka sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang selesa dan mewah namun sejak 2 tahun yang lalu, status kewangan mereka tergugat.
Suami saya ada bisnes yang kalau disebut jenamanya pasti ramai yang tahu. Iklan kami ada di billboard lebuh raya, produk terjual beribu-ribu. Orang ingat kami hidup senang, hakikatnya semakin susah.

Sejak 2023, hutang suami tak terkawal

Tambah wanita itu, hutang suaminya semakin tidak terkawal sejak awal tahun lalu hinggakan salah satu kereta terpaksa dijual untuk menanggung bisnes yang dijalankan.

Sesen pun tak tinggal untuk back up anak isteri. Jumlah kad kredit semua dalam RM160K, belum campur hutang kawan kawan, hutang perniagaan dan pinjaman peribadi. Sejak setahun lalu, kerjanya gali lubang, tutup lubang.

Tidur tak lena, hari hari bank cari. Suami hampir putus asa

Ujarnya, disebabkan terbiasa dengan kehidupan yang senang, kini dia buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan semua hutang tersebut.

Malah, tidur juga tidak lena setiap hari gara-gara dihubungi pihak bank dan sudah tentu hidup seharian terutamanya masa bersama anak-anak terjejas.

Bulan ni bulan peratma kami tertunggak bayar kad kredit, pinjaman bank, rumah dan kereta disebabkan masalah stok lewat sampai. Tiada stok = tiada duit.

Masalah yang dihadapi ini juga membuatkan si suami hampir putus asa namun dia akui akan cuba semampu yang boleh untuk membantu suaminya itu.

Hantaran tular dan terima kecaman

Perkongsian itu menjadi tular dan sesetengah pihak mengkritik wanita tersebut namun katanya dia tidak berniat untuk memburukkan suami.

Sebaliknya mahu mendapat sokongan moral dan mental malah turut menegaskan bahawa dia akan berada di samping suaminya tidak kira dalam apa situasi sekali pun.

Negative vibes begini saya taknak sampai suami baca. Tak bagus untuk mental. Tak sampai hati saya, suami saya orangnya sangat baik hati.

Isteri usahawan terkenal Malaysia buat pendedahan, hidup suaminya susah, hutang keliling pinggang hingga setiap hari bank call

Baca Lagi:
Selamba warga asing berbasikal tengah jalan, buat macam negara sendiri
“Dunia akhir zaman, masing-masing jagalah anak bini”- Warganet kecam orang awam bergambar dengan ‘hot daddy’
“Aku tak tahu apa yang tak kena, 16 tahun kahwin suami tak pernah makan yang aku masak hingga baju pun basuh asing”