“Isteri suka belanja family tapi bukan guna duit dia, satu hari aku terkena makan di hotel 19 orang, semua aku kene bayar RM3360”

“Isteri suka belanja family tapi bukan guna duit dia, satu hari aku terkena makan di hotel 19 orang, semua aku kene bayar RM3360”

“Isteri suka belanja family tapi bukan guna duit dia, satu hari aku terkena makan di hotel 19 orang, semua aku kene bayar RM3360”. #Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Entah macam mane eh aku nak mulakan? Isteri aku ni aku tak paham la. Dia jenis suke belanja keluarga dia. Kalau pakai duit dia ok la aku tak kesah. Masalahnya setiap kali balik kampung dia atau dia ajak family dia makan luar ramai – ramai.

Mula – mula aku tak kesah pun sebab belanja orang ni, rezeki kita akan dimurahkan. Tapi lama – lama dah banyak kali aku terkena, aku jadi tak ikhlas. Sebab family dia ade 19 orang semuanya termasuk anak buah. Bayangkan la kalau aku balik kampung, breakfast kedai luar aku kena bayar. Dekat 150 purata.

Makan tengah hari, diorang takde nak menyumbang ke apa. Diorang tau order nak gulai ayam kampung bagai. Ayam kampung kena 3 ekor kalau beli. Bahan – bahan lagi. Ayam kampung kat kuala pilah ni hari tu aku beli sekor dah 50.

"Isteri suka belanja family tapi bukan guna duit dia, satu hari aku terkena makan di hotel 19 orang, semua aku kene bayar RM3360"

Baru – baru ni paling aku sakit hati, bini aku plan ramai – ramai makan tengah hari kat Le Meridian, dekat hotel. Aku dah cakap collect sorang skit, sekurangnya separuh la. Yang bakinya, takpe aku belanja. Satu kepala 168 sekarang ni. Kalau bayar 70 sorang pun ok la. Baki aku belanja. Bini aku cakap ok.

Sampai hari kejadian yakni semalam, seko pun tak menyumbang. 168 x 20 orang termasuk aku dan isteri dah berapa. Burn duit aku 3360 semalam kat situ. Alasan isteri adik beradik dia masih belum gaji lagi. Masing – masing gaji 7hb.
Aku ni kerja gomen gaji awal, bayarkan la. Nanti rezeki berganda la katanya. Masalahnya aku takde rancang apa – apa makan luar kat hotel tu, isteri aku yang beria ajak. Akhirnya aku kena game. Sebelum ni pun sama. Makan malam di seafood dekat melaka.

Aku memang tak dapat turun sekali sebab aku ada operasi luar tapi isteri aku call aku macam orang giIa banyak kali. Semata – mata mintak aku transfer 680. Aku bukak whatsapp tengok dia hantar bil makan, total 680. Mintak aku belanja. Tak ke b4ngang per4ngai!

Aku dah bincang dengan dia banyak kali benda ni, tapi tak pernah dia ambik peduli. Aku tak kesah nak belanja, tapi jangan tempat mahal – mahal. Kalau setakat dengan isteri dan anak aku, aku memang tak pernah berkira..

Diorag makan la apa diaorang nak sebab dah memang tanggungjawab aku. Kalau tak belanja keluarga dia, aku memang tak bagi isteri aku masak sebab tahu dia penat kerja. Dia pun kerja juga jadi memang hari – hari makan luar.

Bab paling aku tak redha, kerja rumah aku yang buat dari mengemop, basuh baju dan keringkan baju. Tapi aku tak merungut sangat sebab tu memang kerja aku sebagai lelaki, jadi aku tahan la. Lagi aku geram, bab tanggungjawab dia langsung tak buat.

Bila aku nak, dia bagi alasan penat, tak larat dan minta buat pada hari lain. Bila hari sabtu ahad aku tunggu dan aku tuntut, dia bagi alasan penat berjalan la ape la. Sebab kalau aku tak kerja sabtu ahad, aku akan bawak anak isteri aku pergi keluar berjalan. Boring duduk di rumah katanya. Tapi bila aku tuntut hak aku, dia bagi macam – macam alasan.

Bil utiliti rumah, rumah, kereta aku dan kereta dia semua aku yang bayarkan. Semua cukup aku bagi. Duit gaji dia langsung tak sentuh untuk hal rumah atau barang dapur. Semua memang aku tanggung. Tapi aku tak tahan bab dia suka belanja keluarga dia tempat – tempat mahal.

Kalau sekali dua dalam setahun aku tak kesah pun sebab dengan mak ayah aku pun aku buat macam tu tapi bila giliran aku nak belanja family aku per4ngai dia memang meny4kitkan hati. Aku nak bawak pergi 10 gram putrajaya tu je, mula la dia cakap tak sedap la, tempat tak selesa la.

Bila aku berkeras, dia buat alasan period p4in tak nak ikut. Aku malas nak g4duh aku bawak je la anak aku pergi dengan family aku. Aku ni lelaki, kadang – kadang aku teringin nak isteri aku goda aku ke apa tapi langsung tak pernah.

Sampai hari ni, dah 4 bulan aku tak bersama, tak dapat. Ada je alasan dia tapi bila dia suruh aku belanja keluarga dia, apa alasan aku pun dia tak dengar. Siap cakap sempit rezeki aku la ape la. Aku ni bukan sebab takut bini, tapi aku tak nak berga4duh depan anak aku.

Sebab isteri aku ni jenis suka menjerit bila berg4duh macam orang giIa. Entah la. Aku tak tahu nak tulis apa lagi. Sekadar meluah sebab aku takda tempat langsung nak meluah perasaan. Bila aku tak dapat dan aku tengah turn on, aku terp4ksa lepaskan sendiri sebab isteri aku tak nak layan aku.

Sebab tu la anak aku sorang je. Nak kata isteri ada skandal, takda sebab aku banyak kali cek handphone dia, dan takde langsung benda mencurigakan. Sekian.

Komen Warganet :

Deanna Ismail New : Ni bini nak suruh nampak suami dia berduit di mata keluarga dia ke apa tanpa fikir kesan. Berpada – pada jela kecuali gaji memang melebihi dari tanggungan keluarga kecil tu. Btw, memang ada laguni habis anak beranak ipar duai dia suami dia kena keluarkan duit start dari minyak kete, makan, hotel itu ini. Bawa diri je.. mengucappppp ada bini tak cerdik ni susah juga. Semoga tt lagi kuat lepas ni.. Gunalah kuasa as suami tu.. geram pulak kita.

Umaira Azman : Dasyat bini kau bang.. kalau pesen macam ni dah boleh fikir kot apa tindakan selanjutnye. Bukan nak mendoakan tapi terlalu ambik kesempatan. Dah tegur pun tak nak dengar. Amanah dengan duit suami pun tanggungjawab isteri. Bukan semudah – mudahnya mintak suami belanja keluarga sendiri tanpa berbincang dulu. Kewangan ni jangan buat main la. Semua kena bincang. Tak kisah la gaji ko berapa pun.

Sueyanie Razali : Okey, kami sebagai kaum hawa sangat menyokong untuk tt kawen lain cari yang lebih baik. Kalau isteri boikot dan mintak cerai.. cerai kan saja. Kesian tt ni.. hheeemm..

Baca Lagi:
Tambah nilai TNG eWallet guna kad kredit akan dikenakan caj bermula 23 Februari
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital
Kak Ogy titip pesanan kepada Khairul Aming selepas berjaya jual Dendeng Nyet Berapi dalam masa 3 minit RM 1.2juta
CATEGORIES