Ini latar belakang usahawan muda mahu beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta

Ini latar belakang usahawan muda mahu beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta

Ini latar belakang usahawan muda mahu beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta. Baru-baru ini, pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham meletakkan tanda harga sebesar RM5 Juta kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membeli kelab bola sepak itu.

Tawaran itu telah menarik minat seorang usahawan muda, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan yang juga merupakan pemilik Erfan Gym And Fitness.

Menurut laporan Berita Harian, Erfan Akif sedia membeli TRW Kelantan FC walaupun dengan harga mencecah RM10 juta kerana minat mendalam terhadap pasukan itu.

Ini latar belakang usahawan muda mahu beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta

Beliau mengakui mempunyai kewangan kukuh dan turut mempunyai perniagaan perlombongan emas. Jika tidak dapat menjadi pemilik, Erfan juga sedia jadi penaja utama pasukan itu.

“Ini bukan gimik pemasaran (untuk perniagaan) kerana saya sudah ada perniagaan yang stabil kewangan yang kukuh.
“Saya sudah kaji dua tahun, setiap hari, jadi keputusan ambil alih Kelantan FC bukan dibuat terburu-buru atau tempoh singkat.
“Saya terbuka untuk membeli Kelantan samada sebagai pemilik penuh atau jika Zamsaham mahu kekal sebagai pemilik, saya juga sedia jadi penaja utama atau pemegang saham terbesar.
“Ini tertakluk pada situasi menang-menang, jika saya lihat sesuai, saya terbuka dengan apa juga rancangan beliau (Zamsaham),” katanya kepada Berita Harian.

Selain Erfan, turut dilaporkan menyatakan minat untuk mengambil alih Kelantan FC ialah Datuk Seri Vida yang telah menghantar surat rasmi kepada Zamsaham.

Bagaimanapun, setakat ini Zamsaham masih kekal sebagai pemilik TRW Kelantan FC dan perbincangan bersama dua individu yang berminat itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Baca Lagi:
Pesakit terkejut terakam lembaga hitam muncul dalam wad hospital, netizen dakwa itu ‘Malaikat maut’
Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung
Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia
CATEGORIES