Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung

Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung

Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung. Seorang jutawan Korea Selatan yang pernah menjalani hukuman penjara kerana penyelewengan dan pengelakan cukai, memberikan sumbangan tunai lebih AS$100 juta (kira-kira RM466.4 juta) kepada semua penduduk kampung halamannya dan alumni sekolahnya.

United Press International (UPI) melaporkan Lee Joong-keun, pengerusi Kumpulan Booyoung, sebuah gergasi pembangunan hartanah, memberikan hadiah wang tunai sebanyak 100 juta won (kira-kira RM358,561) kepada setiap daripada 280 isi rumah di kampung luar bandar Unpyeong-ri, Suncheon, tempat dia dibesarkan, kira-kira 290 kilometer selatan Seoul.

Penduduk yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah di kampung bersamanya, turut dihadiahkan wang pada bulan lalu, walaupun mereka tidak lagi tinggal di sana.

Pernah dipenjara selama 2 tahun setengah, jutawan ini derma wang tunai RM466 juta kepada semua penduduk kampung

Jutawan berusia 82 tahun itu turut menyumbangkan hadiah, buku sejarah dan set alatan kepada pihak sekolah yang berkenaan termasuk pemberian wang tunai dengan jumlah sumbangan dianggarkan sekitar AS$180 juta (kira-kira RM839.7 juta).

“Tujuan utama Pengerusi Lee adalah untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua penduduk kampung yang membantu dalam melindungi dan mengekalkan keharmonian kampung halamannya selama ini.
“Dia sebenarnya mahu derma yang disumbangkannya itu tidak dihebahkan,” kata seorang pegawai Kumpulan Booyoung kepada UPI News Korea.

joongkeung 1688648635

Kerjaya Lee sebagai pemaju hartanah mula berkembang pada tahun 1970-an.

Lee adalah seorang lelaki yang mempunyai latar belakang keluarga sederhana itu dianggap sebagai perintis dalam perniagaan sewa pangsapuri di Korea.

Kemudian, perniagaan Kumpulan Booyoung berkembang ke kawasan lain, termasuk hotel dan padang golf, akhirnya menjadi konglomerat ke-22 terbesar di Korea dengan aset AS$16 bilion (kira-kira RM74.62 bilion).

Lee mengumpul kekayaan peribadi lebih daripada AS$1 bilion (kira-kira RM4.66 bilion), menjadikannya seorang daripada 30 terkaya di Korea Selatan.

Bulan lalu, AS$7.6 juta (kira-kira RM35.4 juta) didermakan atas nama syarikat Kumpulan Booyoung kepada sebuah organisasi yang mempunyai hubungan dengan Tentera Udara Korea.

Lee dan syarikatnya yang terkenal sebagai dermawan juga sudah membuat sumbangan dermawan di Kemboja, Vietnam dan Laos.

Pada 2004, Lee ditangkap kerana mengelak cukai dan menggelapkan dana syarikat.

Pada 2018, dia sekali lagi ditangkap atas tuduhan yang sama dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah, kemudian dibebaskan pada 2021 dengan parol.

Walaupun hukuman Lee berakhir pada awal 2022, dia dihalang selama lima tahun daripada bekerja di institusi awam atau di mana-mana entiti yang berkaitan dengan punca jenayahnya.

Ini bermakna, secara teknikalnya, Lee tidak akan dibenarkan mengetuai Kumpulan Booyoung sehingga awal 2027, apabila usianya hampir 87 tahun.

Pengkritik menganggap pemberiannya baru-baru ini mencadangkan bahawa Lee mungkin mencari pengampunan khas yang diisytiharkan setiap tahun pada 15 Ogos, Hari Pembebasan Kebangsaan Korea.

Pada masa lalu, kerajaan Korea memberikan pengampunan khas kepada pelbagai penjenayah kolar putih pada hari cuti kebangsaan, yang meraikan pembebasan negara pada tahun 1945 daripada penjajahan Jepun.

Baca Lagi:
Tengku Zafrul ditegur salah ejaan ‘Insya-Allah’
Bekas pegawai KBS didenda RM284.2 juta, penjara 15 tahun
Bonda Rozita akhirnya bersuara kes bekas menteri hutang berpuluh juta dengan Aliff Syukri
CATEGORIES