Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia

Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia

Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia. Malam kejadian, kedua-dua pasangan suami isteri terlelap kat ruang tamu. Mungkin kepenatan. Tiba-tiba, seseorang berjaya pecah masuk rumah mereka. Bertopeng dan pakai baju ala askar. Apa yang jadi? Mereka tidak tahu perompak itu sebenarnya perogol bersiri.

Tanpa disangka-sangka, perompak kemudian terus memukul suami (mangsa) menggunakan senjata api dipercayai senapang buatan sendiri. Bertalu-talu sampai mangsa lemah dan tidak bermaya. Isteri mangsa cuba menghalang perompak namun dia diugut akan dipukul sekali macam suaminya.

Melihat keadaan suaminya dalam keadaan lemah, isterinya mula ketakutan. Perompak ada di depannya. Perompak kemudian menutup muka isteri mangsa dengan pakaian dan bagi amaran kepadanya supaya diam dan jangan cuba buat apa-apa.

Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia

Perompak bagitau isteri mangsa, kawan perompak ada di luar rumah. Tetapi perompak itu sebenarnya berseorangan. Dia hanya cuba menakut-nakutkan isteri mangsa. Dalam keadaan muka bertutup itu, isteri mangsa dapat mendengar perompak itu mengeledah rumah.

Perompak kemudian tanya isteri mangsa sama ada senjata api disimpan di dalam rumah. Diapun menjawab ‘tiada’. Ketika ini, mangsa masih tidak sedarkan diri. Mendengar jawapan mangsa yang mengatakan tiada senjata api disimpan, perompak kemudian naik angin.

Mangsa yang berada dalam keadaan lemah terus dipukul. Isterinya merayu kepada perompak supaya jangan bunuh suaminya. Pujukan tersebut tidak dilayan. Sebaliknya, mangsa terus dipukul sampai lembik. Tiba-tiba, perompak itu bangun dan bertindak di luar dugaan.

Dia merogol isteri mangsa. Isteri mangsa merayu dan bagitau perompak bahawa dia sedang mengandung. Lagi sekali, perompak bertindak kejam dengan mengabaikan pujuk rayu. Isteri mangsa kemudian dirogol. Di depan suami, mangsa dirogol perompak. Memang tidak berhati perut.

Kisah Rambo Bentong yang ramai tak tahu, perogol paling jijik dan kejam di Malaysia

Kemudian, perompak itu mengeledah rumah mangsa untuk kali kedua. Dalam 20 hingga 25 minit kemudian, perompak tanya isteri mangsa ‘mana kunci kereta?’. Kunci kereta kemudian ditunjukkan di mana disimpan. Isteri mangsa kemudian dapat mendengar bunyi pintu dan but.

kereta dibuka. Perompak kemudian masuk balik ke dalam rumah. Lagi sekali dia bertanya soalan yang sama. ‘Ada tak pistol di dalam rumah ni?’. Isteri mangsa terus jawab tiada. Suspek kemudian naik angin dan marah. Akibatnya, isteri mangsa dirogol kali kedua. Mangsa.

masih lagi tidak sedarkan diri di atas lantai. Isteri mangsa merayu pada perompak disebabkan dia tengah mengandung. Tetapi rayuan itu tidak dilayan. Kemudian, baru lah perompak tiba-tiba meminta maaf kepada isteri mangsa.

Sebelum melarikan diri, perompak sempat merampas gelang yang dipakai isteri mangsa. Setelah perompak berjaya melarikan diri, isteri mangsa kemudian pergi meminta bantuan. Dia memandu kereta menuju ke Hospital Bentong dan berjumpa dengan pengawal keselamatan di situ.

Mangsa ketika ini masih terbaring tidak sedarkan diri. Kejadian ini terus dimaklumkan pada unit kecemasan Hospital Bentong yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Ketika menuju pulang ke rumah, isteri mangsa terserempak dengan polis peronda.

Polis peronda terus hubungi Ibu Pejabat Polis Bentong untuk bantuan. Polis kemudian terus pergi ke lokasi kejadian. Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia keesokan paginya.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala kerana dipukul dengan objek tumpul (severe head injury due to blunt force trauma). Beberapa hari kemudian, suspek berjaya ditangkap polis. Senjata api yang digunakan suspek ketika merompak dan barang curi juga dapat dijumpai ketika tangkapan.

Ahli kimia kemudian mengesahkan air mani yang dijumpai pada kain yang dipakai isteri mangsa dan pada tilam berpadann dengan DNA suspek. Suspek kemudian didakwa atas kesalahan membunuh, merogol dan merompak di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan suspek bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan. Suspek dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Hukuman penjara dan sebatan dikenakan kepada suspek atas kesalahan merompak dan merogol.

Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Ogos 2017. YAA Mohtarudin Baki, Zakaria Sam dan Abang Iskandar memutuskan suspek bersalah atas kesemua kesalahan yang dipertuduhkan.

Peguam bela suspek membuat rayuan di mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Pada Ogos 2018, panel 5 hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Richard Malanjum telah memutuskan hukuman dan sabitan ke atas suspek dikekalkan. Suspek kekal bersalah.

Kesemua hujahan pembelaan oleh peguam bela suspek ditolak mahkamah. Peguam bela berhujah senjata yang digunakan suspek ketika merompak sebenarnya berbeza dan bukannya seperti yang dirampas polis. Hujahan ini ditolak mahkamah. Bukti pakar jelas menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul. Jadi, ‘the intended injuries that were inflicted were sufficient in the ordinary course of nature to cause death’. Ini bersesuaian dengan seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan bagi membuktikan wujudnya kesalahan membunuh.

Kes menyayat hati ini berlaku di kawasan perumahan di Jalan Tras Bentong, Pahang pada November 2012.

Yang mengemparkan adalah suspek dalam kes ini pernah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2014 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh kerana membunuh seorang remaja perempuan di Kg Ketari, Bentong.

Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan menetak dan menghiris leher serta merogol remaja tersebut di dalam sebuah bilik pada Mac 2009. Hukuman gantung sampai mati ke atas suspek dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dalam kes bunuh remaja perempuan itu, peguam bela dapat timbulkan keraguan mengenai persoalan samada mangsa dirogol sebelum atau selepas dibunuh (Rudy Jupri v PP). Jadi, suspek dibebaskan atas tuduhan rogol dan tiada rayuan dibuat pendakwa raya. Suspek hanya bersalah membunuh.

Suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan hukuman gantung sampai mati dikekalkan.

Ketika kes rompak di atas berlaku, suspek belum ditangkap polis untuk kes bunuh remaja perempuan. Suspek berjaya ditangkap polis pada 14 Nov 2012 iaitu beberapa hari selepas kes rompak. Suspek dikatakan menyerang anggota polis dengan parang di bukit Taman Syahbandar Kuantan.

Baca Lagi:
Ini sebab kenapa kucing Oyen lebih istimewa berbanding kucing lain
Vincent Tan bakal jadi pemilik baru Kelantan FC?
MAINPP larang Ustaz Zainul Asri ceramah agama di Pulau Pinang
CATEGORIES