Lelaki mabuk & tertidur atas landasan, hilang dua belah kaki digilis kereta api

Lelaki mabuk & tertidur atas landasan, hilang dua belah kaki digilis kereta api

Lelaki mabuk & tertidur atas landasan, hilang dua belah kaki digilis kereta api.

Seorang lelaki berdepan detik mengerikan apabila kakinya putus akibat digilis kereta api ketika dia tertidur di landasan kereta api berkenaan, lapor Thaiger.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada petang semalam di Nong Prue, Chon Buri.

Mangsa yang berumur lingkungan 40 tahun itu ditemui dalam keadaan mabuk di tepi landasan kereta api oleh pihak polis pada jam 4.30 petang semalam.

Lelaki mabuk & tertidur atas landasan, hilang dua belah kaki digilis kereta api

Pihak polis tiba di tempat kejadian dan mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan ekoran kakinya yang putus sepenuhnya.

Pihak polis turut menjumpai sebotol wiski kosong berhampiran tempat kejadian.

Lelaki itu didakwa telah menghabiskan wiski tersebut dan mengalami mabuk yang teruk sehingga menyebabkan dirinya tertidur di landasan kereta api.

Posisi badan lelaki itu dilaporkan dalam keadaan kaki di atas landasan manakala badan dan kepalanya di luar landasan.

Sewaktu kereta api menhampiri, konduktor kereta api mendakwa ternampak sesuatu berada di landasan namun gagal memperlahankan kelajuan.

Lelaki itu telah dikejarkan ke hospital bersama-sama dengan kedua-dua kakinya yang terputus hampir ke lutut.

Mangsa dilaporkan masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Mangsa dijangka dapat bertahan namun kakinya tidak boleh disambung semula.

Baca Lagi:

Remaja perempuan maut terkena renjatan elektrik tertidur di atas telefon dicas

Kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan darah, rupanya ini yang terjadi…

Pencuri tertidur 6 jam dalam kereta mangsa, tuan kereta datang pun masih nyenyak tidur

CATEGORIES