Kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan darah, rupanya ini yang terjadi…

Kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan darah, rupanya ini yang terjadi…

Kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan darah, rupanya ini yang terjadi…

Aksi seorang kanak-kanak tertidur dengan muka dipenuhi warna merah seakan-akan ‘darah’ akibat bermain gincu ibunya mengundang rasa geram orang ramai di media sosial.

Menerusi video berdurasi 28 saat yang dikongsikan oleh Rahma Marhan, dia terkejut dengan keadaan muka anaknya yang dipenuhi kotoran merah seperti darah.

Namun setelah meneliti dengan baik, dia mendapati anaknya terbaring di atas lantai bersama gincu kepunyaannya.

“Bertuah punya anak main gincu sampai macam ini selepas itu tidur lena,” katanya menerusi rakaman itu.

Rakaman video berkenaan turut telah dikongsikan oleh beberapa laman media sosial dan mendapat ribuan tontonan serta komen dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

“Kuat sangat adik ini layan drama,” komen Usop.

“Mesti berdebar tengok anak terbaring macam itu,” kata Idayu Sidek.

“Tahniah anda pelakon terbaik di dunia,” kata pengguna lain.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 67,000 kali dan mendapat 1969 reaksi daripada pengguna TikTok

@rahma_marhan♬ original sound – ℂ𝔼𝕆 𝕆𝔽 𝔹𝔸ℕℕ𝔼𝔻🎗 – KNAPE ERK! 🎗

Baca lagi:

DATUK tak ada hati perut ! Buta je kena marah dengan gadis orang Asli

Badan kena tekap dengan seterika panas, wanita dakwa anak didera pelajar senior

Wanita kongsi kisah hitam anak diratah bapa kandung sendiri

CATEGORIES