Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua

Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua

Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua.

Nama Noura Al-Taqaqa mungkin baru pertama kali didengari oleh anda, namun kisah mistik yang dialami wanita ini cukup menyeramkan sekali. Suatu ketika dahulu, namanya masyhur dan sangat dikenali sebagai seorang penyanyi tradisi di majlis perkahwinan. Malahan, dia dan kumpulannya sering menerima jemputan membuat persembahan oleh orang ternama.

Sudah tolak jemputan tapi dapat panggilan & tawaran upah mahal.

Namun di saat kerjayanya sedang mencanak naik, sebuah ‘job istimewa’ yang diterima akhirnya meranapkan segalanya hingga Noura dilaporkan berhenti menyanyi dan mengasingkan diri. Kisah itu bermula ketika kumpulan tersebut menerima undangan ke sebuah majlis kahwin walhal tarikh tersebut adalah hari mereka bercuti.

“Seorang perempuan tua telefon Noura & minta datang buat persembahan pada malam itu juga. Terlihat juga bilangan tetamu yang sangat ramai”

Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua

Noura alami mimpi pelik dikejar pengantin perempuan

Walaupun rasa tidak sedap hati, Noura bersetuju selepas ditawarkan bayaran yang ‘masyuk’. Setibanya di sana, mereka amat terkejut melihat lokasi majlis yang merupakan sebuah rumah agam mewah. Pun begitu, terdapat beberapa kejadian pelik telah berlaku dan mencurigakan sekali :

1. Apabila ibu pengantin keluar, mereka hairan wajahnya nampak pucat. Kulitnya juga keras & tampak bersisik apabila bersalaman.
2. Pengantin perempuan pakai gaun hitam & wajahnya ditutup 100% dengan veil hitam. Pengantin lelaki pakai jubah Turki ala-ala zaman pemerintahan Uthmaniyah.
3. Lepas buat 1 persembahan, Noura naik ke tingkat 2 & pelik kenapa semua bilik terkunci? Hanya ada satu bilik terbuka & dia tertidur dalam ruangan itu.
4. Noura alami mimpi pelik pengantin perempuan mengejarnya dengan laju. Dia terjaga & cuba keluar namun pintu terkunci.
5. Tiba-tiba pengantin dah ada dalam bilik sama. Lepas membaca doa, semuanya menghilang & dia turun semula jumpa ahli kumpulan lain.

Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua

Tepat jam 12 tengah malam, tetamu makin rancak menari dengan agresif

Noura terpaksa memberanikan diri untuk meneruskan persembahan hingga lewat malam kerana dikelilingi ramai tetamu yang semakin rancak menari. Ketika itulah salah seorang rakan sekumpulannya ternampak seorang undangan yang memiliki wajah manusia tapi berkaki kambing. Menjelangnya azan subuh, satu persatu tetamu berkenaan dikatakan mulai pulang.

Ketika itu, Noura & kumpulannya terus angkut semua barang bergegas tinggalkan majlis. Masa toleh belakang, mereka terkejut rumah tu nampak sangat usang & berbeza daripada masa mula-mula sampai tadi. Ada penduduk di situ beritahu sebenarnya rumah tersebut dah 10 tahun tiada penghuni.

@fartzzy315 Replying to @meihlee gambar rumah tinggal yang noura pergi dan gambar asli majlis perkahwinan tersebut #fartzzystories #videoseram #tiktokmalaysia #scary #kkndesapenari #horrortok #fypシ #fyp ♬ original sound – ki

Rakan Noura dijemput Ilahi selepas beberapa bulan…Noura turut menyusul beberapa tahun kemudian

Akibat kejadian seram itu, Noura dan kumpulannya nekad untuk berhenti daripada terlibat dengan mana-mana bidang nyanyian lagu tradisi. Satu-satunya wartawan yang dijemput datang ke dalam rumah Noura melaporkan bekas penyanyi asal Kuwait itu nampak sangat susut. Malahan dinding rumahnya dipenuhi dengan ayat suci Al-Quran.

Kisah seram panyanyi tradisi majlis perkahwinan setelah dijemput perempuan tua

@horrorjabi copy share link🥰 #creepy #horror #scary #jinn #demon #kuwait #qatar #fyp #foryoupage ♬ original sound – Maya🌻

Baca Lagi:

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Seram! ‘Budak Misteri’ naik bersama anak di Funfair, tiba-tiba lesap di pusingan terakhir permainan

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

CATEGORIES