Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram.

Penampakan seorang wanita misteri sering menjadi tanda tanya kebanyakan penduduk di sekitar Cyberjaya apabila kemunculannya secara tiba-tiba telah ‘menghantui’ ramai.

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial sempat merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan.

Lebih menakutkan, dia dilihat hanya berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan.

Wanita misteri gemparkan penduduk Cyberjaya, berdiri tegak tengah jalan raya buat orang ramai seram

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan dan ramai berkongsi pengalaman mereka apabila bertemu dengan wanita yang sama dalam keadaan menakutkan.

“Aku pun pernah terserempak kat Cyberjaya, dah lewat malam dia berdiri tegak pandang sebuah bukit, dah la kawasan agak gelap masa itu, seram,” kongsi Sharifah.

“Wanita ini memang misteri, aku pernah jumpa masa balik kerja malam, sekali lalu aku nampak dia, bila pandang semula, dia hilang, tak akan cepat sangat, macam tak logik, mujur aku balik berteman, kalau tak memang menangis aku,” kata Fazrul Amin.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang membuat andaian mengatakan berkemungkinan wanita tersebut mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan hidup.

“Mungkin dia ada masalah mental atau masalah dalam hidup, sebab itu berkelakuan pelik macam itu, pihak berkuasa tolong siasat,” ujar Khalis.

@alyshazlknSiapa lalu cyberjaya petang tadi nampak akak ni? Dia berdiri tegak sorang2 kat atas jalan raya.♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Baca Lagi:

[VIDEO] Remaja OKU kena tampar & buli gara-gara tak bagi pinjam basikal

Kereta terbakar di Genting Highland mengundur menuruni bukit cetus orang ramai panik, nasib baik ada Vellfire

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published.