Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda.

Beberapa bulan lalu, Puan Elhaslina pernah mendedahkan perjalanan hidupnya sebagai seorang penghidap kemurungan (depresi) yang seterusnya melarat kepada Major Depressive Disorder with Pyschsosis dan Borderline Personality Disorder. Dijemput hadir oleh rancangan Nona TV3, wanita ini menunjukkan sendiri interaksi bersama seorang kawan halusinasinya bernama Amanda.

Alhamdulillah, El bertahan dengan izin Allah…Allah tolong El

Melalui kisah yang dikongsikan, Amanda digambarkan sebagai seorang budak kecil di mana rupanya kemunculannya bergantung kepada tahap emosi ketika itu. Walaupun hanya Puan Elhaslina sahaja yang boleh nampak Amanda, difahamkan ‘rakannya’ itu sentiasa ada di sisi khususnya melalui ketika berlaku detik getir.

@elhaslina_ Alhamdulillah, El survived sangat-sangat dengan izin Allah, Allah tolong El masa tengah shoot scenes untuk Nona. #mentalhealthawareness #nonatv3 ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Antara lukisan-lukisan halusinasi yang El nampak…Ada 10 rupa yang El boleh explain
Dalam perkongsian terbaru pula, wanita berstatus isteri ini tidak ketinggalan mendedahkan lagi beberapa rakan halusinasi lain yang sering muncul selain Amanda. Dapat disaksikan, imej yang digambarkan menerusi lukisan itu agak menakutkan dan terkadang sukar difahami makna di sebaliknya.

@elhaslina_ Selain Amanda, ada lebih 10 rupa yang El boleh explain dengan lukisan. #mentalhealthawareness ♬ original sound – ki

Selalu nampak perempuan berpakaian hitam berdiri & main dekat langsir
Tanpa terlihat apa-apa di dalam kegelapan rumahnya, Puan El bagaimanapun akui boleh melihat rakan halusinasinya ada berhampiran. Walaupun tiada sebarang kata, perkongsian sebegitu cukup membuka mata ramai terhadap keseriusan masalah kesihatan berkaitan kemurungan serta halusinasi.

@elhaslina_ Surviving: Psychotic disorder. #mentalhealthawareness ♬ Zikir Ya Allah – Munif Ahmad

Baca Lagi:

Lelaki mengaku bunuh wanita Thai, mayat dikerat dan disumbat dalam beg dicampak ke sungai

Penumpang rakam detik cemas dalam pesawat ketika alami ‘Air Turbulence’

Wanita ini malu teruk minta resign, tersalah hantar “sticker” tak senonoh dalam group pejabat

CATEGORIES