Ikhwanul Muslimin Qatar cuba pujuk Hadi Awang sokong Anwar, malangnya ditolak

Ikhwanul Muslimin Qatar cuba pujuk Hadi Awang sokong Anwar, malangnya ditolak

Ikhwanul Muslimin Qatar cuba pujuk Hadi Awang sokong Anwar, malangnya ditolak. Presiden PAS Hadi Awang didakwa menolak usaha perdamaian dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim digerakkan Ikhwanul Muslimin, dua bulan selepas penubuhan kerajaan perpaduan, tahun lalu.

Sumber berkata usaha itu dibuat melalui wakilnya dari Qatar bertujuan memperkuatkan suara pemimpin Islam di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi memandangkan kedua-duanya daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurutnya, wakil itu datang melobi ke Malaysia sebanyak dua kali untuk mempertemukan Anwar dan Hadi bagi rundingan damai namun gagal.

Ikhwanul Muslimin Qatar cuba pujuk Hadi Awang sokong Anwar, malangnya ditolak

“Gerakan Islam rasa (persengketaan) itu satu kerugian, (jadi mereka) mengusahakan dua tokoh ini berdamai, malangnya ditolak Hadi,” kata sumber yang mahu identitinya dirahsiakan.

Sumber itu berkata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membalas dengan satu surat panjang memberikan alasannya enggan berdamai.

Bagaimanapun sumber itu tidak menyatakan sama ada perjanjian damai Anwar-Hadi itu turut membabitkan penyertaan PAS dalam kerajaan perpaduan.

Oktober lalu, Anwar dalam temubual dengan Time Magazine berkata pintu untuk PAS keluar daripada blok pembangkang dan bersama-sama dengan kerajaan perpaduan masih terbuka.

Anwar mengetuai kerajaan perpaduan dianggotai Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan, selain disokong parti kecil dari Sabah serta Ahli Parlimen bebas.

PAS diketuai Hadi pula berada dalam blok pembangkang di bawah Perikatan Nasional (PN) dipengerusikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu.

Untuk rekod Anwar dan Hadi pernah bekerjasama ketika dalam Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015, menyaksikannya berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah, selain mengekalkan pentadbiran di Kelantan.

Mengulas lanjut, sumber berkata kegagalan wakil Ikhwanul Muslimin mendamaikan dua tokoh itu disifatkan kerugian besar dalam usaha menyatukan suara Islam dalam isu ummah termasuk keganasan Israel ke atas rakyat palestin.

“Hadi ada pengaruh dalam komuniti ulama antarabangsa manakala Anwar pula rapat dengan blok (Recep Tayyip) Erdogan (presiden Turki).

“Sepatutnya kalau semua tokoh Islam bersatu lagi kuat,” kata sumber lagi.

Kami telah menghubungi pejabat Anwar dan Hadi untuk mendapat maklum balas berhubung gerakan mendamaikan mereka.

Baca Lagi:
Wanita kembang tekak makan mi celup di kedai siam selepas nampak sesuatu atas pintu kedai
“Seriau bila lalu bawah” – Warga maya persoal di mana kekuatan tiang ‘T’ jejambat?, ini penjelasan jurutera
Datang dari jauh nak jumpa anak tapi dihalau menantu, warga emas menangis berkongsi kisahnya
CATEGORIES