Datang dari jauh nak jumpa anak tapi dihalau menantu, warga emas menangis berkongsi kisahnya

Datang dari jauh nak jumpa anak tapi dihalau menantu, warga emas menangis berkongsi kisahnya

Datang dari jauh nak jumpa anak tapi dihalau menantu, warga emas menangis berkongsi kisahnya. Seorang bapa sanggup datang dari jauh beribu kilometer (km) kerana rindukan anak, namun malangnya dia dihalau!

Begitulah nasib yang dialami seorang lelaki yang menangis selepas diusir oleh menantu dan cucunya sendiri.

Lelaki berusia 65 tahun itu datang dari Kalimantan ke Jakarta, Indonesia kerana merindui anaknya.

Datang dari jauh nak jumpa anak tapi dihalau menantu, warga emas menangis berkongsi kisahnya

Bagaimanapun, lelaki warga emas itu dihalau selepas berada dua hari di Jakarta.

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang penumpang kereta api yang bertemu dengan lelaki malang itu, menerusi akaun TikToknya, pada Isnin.

“Dia dari Kalimantan, pada mulanya diberitahu untuk datang ke Jakarta. Tapi selepas hanya dua hari dia dihalau oleh menantunya,” katanya menerusi keterangan video.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu memberitahu dia dihalau kerana cucunya tidak menyenangi kehadiran datuk sendiri.

Kelihatan lelaki berkenaan tidak dapat menahan kesedihannya dan beberapa kali mengusap air matanya.

“Betapa hancurnya hati ayah ini apabila saya bertanya, dia datang dari Kalimantan untuk bertemu anaknya yang berada di Jakarta kerana anaknya sudah lama tidak pulang.

“Tetapi malangnya cucunya tidak mahu dia datang ke rumah,” tulisnya menurut TribunMedan.

Menerusi perkongsian itu, pemilik akaun berkenaan menasihati anak-anak lelaki itu supaya menghargai kehadiran ibu bapa mereka.

“Kepada anak ayah ini, tolong hargai kedatangan ibu bapamu yang jauh di seberang sana untuk bertemu denganmu, kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tiada ganti,” katanya.

Baca Lagi:
Madu boleh bawa maut! Bayi 3 bulan lumpuh satu badan selepas ibu bapa bagi makan madu
Budak 17 tahun ‘blur’ menang cabutan bertuah Choii kereta BMW F30, sekali lain pula yang jadi kereta tak dapat…
Ibu Neelofa naik kereta mewah pergi kebun raih perhatian ramai, ini nilai harga kereta buat ramai terkejut
CATEGORIES