Ini sebab kenapa satu batalion polis datang serbu satu kawasan di KL

Ini sebab kenapa satu batalion polis datang serbu satu kawasan di KL

Ini sebab kenapa satu batalion polis datang serbu satu kawasan di KL. Kalau korang perasan, ada beberapa kawasan dekat Kuala Lumpur penuh dengan warga asing yang dikatakan mencari rezeki di Malaysia. Tetapi tak semua daripada mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja malah ada yang memasuki negara ini melalui ‘jalan tikus’.

Hari ini, kecoh di media sosial video memaparkan beberapa trak polis menggempur satu kawasan yang dikatakan lokasi bagi pendatang tanpa izin (PATI). Menurut Kosmo!, serbuan itu dilakukan bermula jam 11 pagi.

Dah macam ‘Mini Dhaka’

Ini sebab kenapa satu batalion polis datang serbu satu kawasan di KL

Sewaktu serbuan itu dijalankan, seramai 1,000 anggota dan pegawai polis yang lengkap bersenjata memecah masuk setiap premis warga asing yang membabitkan empat buah blok dan mendapati salah satu premis di situ menjalankan perniagaan klinik persendirian khas untuk golongan mereka sahaja.

Selain itu, polis menemukan beberapa premis yang dijadikan bilik sewa dan keadaannya juga amat berselerak dan kotor dipercayai dihuni oleh warga asing.

Mujur, semasa serbuan dilakukan sekurang-kurangnya 500 warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal berjaya ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) untuk proses dokumentasi.

“Mereka suka bergaduh, buat bising”

Menurut Utusan Malaysia, warga asing yang tinggal di kawasan itu semakin ‘besar kepala’ dan suka menunjuk lagak kononnnya merekalah warga tempatan.

Tidak hanya membuka klinik sesuka hati, mereka juga kerap bergaduh sehingga mengancam keselamatan warga tempatan yang berniaga di kawasan tersebut.

Mereka (warga asing) di sini suka buat kotor, mabuk. Khemah saya juga pernah patah akibat pergaduhan mereka. Malah, ada yang lagak macam orang sini.. hingga kita rasa tidak selesa. – peniaga

Kata peniaga itu, serbuan di kawasan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh pihak polis sejak dia berniaga kira-kira 11 tahun dahulu.

@kosmoonline Satu batalion polis gempur Little Dhaka di KL. #littledhaka #pga #polis #kl #pati ♬ original sound – Kosmo!

Baca Lagi:
Wanita kembang tekak makan mi celup di kedai siam selepas nampak sesuatu atas pintu kedai
Pengguna CVT sila ambil perhatian! Pomen tunjuk apa yang berlaku pada ‘gearbox’ jika letak gear N atau D sewaktu berhenti di trafik light
“Setuju tak kalau saya cakap isteri lebih tahu perangai suami berbanding ibu kandung?”
CATEGORIES