Hotel pertama dibina bersalut emas dilelong RM250 juta

Photo of author

By Joe

Hotel pertama dibina bersalut emas dilelong RM250 juta. Hotel Dolce by Wyndham Hanoi Golden Lake dilelong dengan harga bermula AS$250 juta.

Pemilik hotel berkenaan, Nguyen Huu Duong mengesahkan penjualan itu dengan akhbar tempatan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Duong mendakwa hartanah itu dijual ekoran syarikatnya kekurangan pembiayaan untuk pampasan dan faedah pekerja.

Hotel pertama dibina bersalut emas dilelong RM250 juta

Pada masa ini, terdapat kira-kira sepuluh pelabur berminat dan menawarkan AS$250 juta, kata Duong kepada cafef.vn.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan harganya melonjak lebih tinggi susulan nilai komersial hotel berkenaan.

Dolce by Wyndham Hanoi Golden Lake ialah hotel bersalut emas pertama di Hanoi dan dirasmikan pada Julai 2020 dengan pelaburan berjumlah AS$100 juta.

Hampir semua reka bentuk luaran dan perabot dalaman hotel itu disaluti emas 24k.

Hotel 24 tingkat itu mempunyai 360 bilik dan menawarkan penginapan sehingga AS$1,000 semalaman.

Baca Lagi:
Tauke kedai emas terkejut pelanggan guna duit syiling beli 7 cincin emas
Tarikh bayaran Bantuan E-Wallet RM200 setiap rakyat Malaysia
‘Merempat di negara sendiri’, pekerja lama tidak disambung kontrak, tapi masih iklankan kekosongan jawatan