Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk ‘nise’ tersohor Kelantan

Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk ‘nise’ tersohor Kelantan

Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk ‘nise’ tersohor Kelantan. Wanita berusia 56 tahun dari Kampung Cherang, di Kota Bharu tidak pernah menyangka hidupnya berubah 360 darjah, apabila jeruk buah ‘nise’ hasil air tangannya merubah kehidupan dari seorang tukang cuci pinggan kepada usahawan tersohor di negeri ini.

Rohani Hashim atau Kak Ani, memulakan perniagaan jeruknya dengan enam jenis buah-buahan segar menggunakan resepi sendiri dengan adunan gula, gula melaka (nise) dan cili kering.

Menurut ibu kepada enam anak ini, perniagaan yang diusahakan sejak lima bulan lalu umpama ‘durian runtuh’ buatnya apabila makanan itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pelanggan di TikTok pada November lalu.

Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk 'nise' tersohor Kelantan

“Rasa macam mimpi, apabila air tangan saya ini mendapat perhatian daripada ramai orang bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan seluruh Malaysia tetapi juga dari luar negara.

“Disebabkan tular di media sosial, rakyat Malaysia yang ada di United Kingdom, China, Mekah, Singapura, Thailand sanggup datang ke sini (Kota Bharu) bagi mendapatkan jeruk ‘nise’ Kak Ani ini,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya berhampiran Masjid Al-Ahmadi, Kampung Cherang, di sini.

Kak Ani yang sebelum ini bekerja mengambil upah mencuci pinggan di rumah orang selain pernah berniaga pisang goreng untuk kelangsungan hidup tidak menyangka jeruk dihasilkan itu ‘meletup’ sehingga menjadi buah mulut orang ramai.

Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk 'nise' tersohor Kelantan

Ujarnya, disebabkan kuasa viral dia sudah mampu mengupah pekerja bagi melancarkan perniagaannya itu.

Kak Ani berkata, pada masa sama dia gembira jeruk itu mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Saya bersyukur kepada ALLAH kerana ramai yang dapat menumpang rezeki dari jeruk buah ‘nise’ ini.

“Jeruk ‘nise’ ini merupakan resepi zaman dulu kala, ramai pelanggan memberitahu ia mengimbau kembali kenangan lama serta sukar diperolehi,” katanya sebak apabila tidak pernah menyangka akan diberikan rezeki sebegini oleh ALLAH SWT.

Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk 'nise' tersohor Kelantan

Tambahnya, jeruk buah ‘nise’ itu diproses setiap hari bermula jam 7 pagi dan akan dijual di gerai dari 11 pagi hingga 7 petang.

Kak Ani memberitahu, ia dijual antara harga RM1 dan RM10 mengikut kehendak pelanggan.

Dia berkata, kini terdapat 15 jenis buah-buahan yang dijadikan jeruk antaranya kelubi, jambu, jambu madu, kedondong, ceremai, celagi dan sebagainya.

Pelanggan dari United Kingdom, Syifa Hana Zulkifli, 30, berkata, dia mengetahui mengenai jeruk buah ‘nise’ Kak Ani ini melalui media sosial.

“Kebetulan pulang bercuti di Kuala Lumpur, saya terus datang ke Kelantan dan mendapatkannya.

“Ini kali pertama hendak merasa jeruk ‘nise’ ini, dan saya sangat teruja walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
Subsidi minyak bakal dimansuhkan kepada rakyat Malaysia?
Wanita ini tak menyesal berhenti kerja polis, selesa jadi bodyguard ahli perniagaan lelaki
CATEGORIES