Tiada lagi pengeluaran KWSP, kerajaan akan umum bantuan lain

Photo of author

By Joe

Tiada lagi pengeluaran KWSP, kerajaan akan umum bantuan lain. Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenal program atau skim bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat gangguan ekonomi pasca pandemik Covid 19 tanpa perlu mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Ada beberapa perkara yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kita tunggu pengumuman bajet. Ini termasuk contohnya membuka peluang kepada B40 ke bawah menjana pendapatan tambahan.

Tiada lagi pengeluaran KWSP, kerajaan akan umum bantuan lain

“Dalam masa sama, harapan kita melalui kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 12, kita melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji. Tidak boleh letak kepada kos sara hidup semata, tetapi pastikan kenaikan gaji dan hal itu tidak diserah semata mata kepada kepada pasaran (menentukan). Ini adalah perkara jangka sederhana dan panjang.

“Kalau kita berjaya memastikan program subsidi disasarkan kepada kumpulan benar benar memerlukan maka kesan kenaikan kos sara hidup akan ditangani dengan lebih baik. Ini sekumpulan dasar yang perlu dilakukan sekali gus,” katanya dalam sidang media selepas Dialog Strategik Bersama Yang Berhormat Menteri Ekonomi hari ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran KWSP demi memastikan masa depan pencarum terjamin.

Menurut Rafizi, kerajaan amat tidak menggalakkan pengeluran KWSP kerana Malaysia menuju ke arah negara menua dengan bertambahnya golongan pesara berbanding remaja.

Katanya, kehidupan waktu tua pada waktu akan datang memerlukan kewangan yang lebih banyak berbanding sekarang dan seharusnya rakyat mempunyai simpanan.

“Kita perlu berhati hati mengeluaran KWSP biar pun buat masa sekarang diperlukan, tetapi kos yang mereka bayar itu tinggi,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki tukar pengakuan selepas terkejut dengar ada hukuman sebat
Selepas dibuang dari Umno, KJ tanding naib presiden PKBM
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan