Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta

Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta

Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta. Berpantang maut sebelum ajal. Demikianlah yang terjadi kepada seorang lelaki yang terselamat daripada kejadian dahsyat di Malibu, California yang membuatkan keretanya rosak teruk dan hancur.

Lelaki yang dikenali sebagai Mauricio Henao hampir kehilangan nyawa apabila sebuah batu bersaiz besar jatuh dari lereng bukit hingga menyebabkan keretanya remuk.

Jika melihat gambar-gambar kerosakan kereta, mesti sukar dipercayai jika pemandu atau penumpang kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta

Namun begitu, Mauricio Henao bernasib baik kerana sebelum batu itu jatuh mengenai keretanya, dia terlebih dahulu keluar dari kereta untuk menjawab panggilan telefon daripada seseorang sebelum kemudiannya terdengar bunyi dentuman kuat.

“Saya baru sahaja mendengar dentuman kuat. Saya lihat kereta saya telah remuk. Batu itu sebesar bumbung telah menghempap kereta saya. Cermin depan kereta semua pecah dan hanya tinggal rangka kereta,” ujarnya.

Meskipun trauma dengan kejadian tersebut, Mauricio Henao bagaimanapun bersyukur kerana panggilan telefon yang diterimanya diangggap menjadi penyelamat buat dirinya.

Hanya dengan 1 panggilan telefon, lelaki terselamat dari dihempap batu besar atas kereta

Susulan kejadian tersebut, dilaporkan beberapa kenderaan berhampiran lokasi turut rosak terkena serpihan-serpihan batu. Berita baiknya, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Baca Lagi:
‘Tiada siapa berani keluarkan kerusi ini dari tandas walaupun mak dah meninggal dunia’
“Bawa mak ayah datang tengok rumah baru aku, tiba-tiba disuruh aku bagi rumah ini pada abang dan kakak ipar duduk, aku jadi terkejut”
Wanita dedah anak pelakon popular jadi punca utama dia dicerai suami, ini penjelasan Abby Abadi
CATEGORIES