Gangguan elektrik rabu lalu, TNB akan beri rebat kepada pengguna terjejas

Gangguan elektrik rabu lalu, TNB akan beri rebat kepada pengguna terjejas

Gangguan elektrik rabu lalu, TNB akan beri rebat kepada pengguna terjejas.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat kepada pemilik akaun yang terjejas berikutan gangguan elektrik di beberapa negeri pada Rabu lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata gangguan bekalan elektrik selama dua jam 21 minit pada hari berkenaan membabitkan sejuta akaun pelanggan TNB.

Gangguan elektrik rabu lalu, TNB akan beri rebat kepada pengguna terjejas

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

“Kita dapati sejuta akaun berdepan gangguan bekalan elektrik Rabu lalu, membabitkan pengguna domestik, industri dan komersial.

“TNB akan menyediakan rebat kepada mereka yang terkesan. Pengguna akaun yang terkesan untuk tempoh tertentu seperti peniaga besar contohnya di KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur), boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami.

“Maklumat terperinci berhubung perkara ini akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos nanti,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini.

Takiyuddin memuji tindakan pantas TNB yang berjaya memulihkan bekalan elektrik dalam tempoh dua jam 21 minit bermula 12.39 tengah hari pada hari kejadian.

Katanya, gangguan berkenaan berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

“Disebabkan masalah yang berlaku dan perlu menjaga kestabilan tenaga, kita terpaksa mencatu (bekalan) di kawasan tertentu yang tidak kritikal dan memastikan hospital, lapangan terbang serta Parlimen yang bersidang ketika itu tidak mengalami gangguan elektrik,” katanya.

Rabu lalu, media melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Semenanjung membabitkan 2.2 gigawatt (GW) atau 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan, berpunca percikan api (flashover) di PMU di Yong Peng.

Antara kawasan dilaporkan terjejas di Lembah Klang adalah sekitar Petaling Jaya, Cheras, Ampang, Bangsar, Bangi dan Shah Alam, manakala di Pulau Pinang membabitkan Bayan Lepas dan Seberang Jaya.

Difahamkan, gangguan juga membabitkan beberapa lokasi di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor termasuk Panchor, manakala di Pahang antaranya membabitkan Bandar Indera Mahkota.

Menurut kenyataan TNB, kejadian berlaku jam 12.39 tengah hari sebelum bekalan berjaya dipulihkan dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat, kecuali di Lembah Klang yang pulih sepenuhnya jam 3.02 petang.

Baca Lagi:

TNB mungkin naikkan harga elektrik bulan depan

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika keluarkan baju dari mesin basuh

Gara-gara bekalan elektrik terputus, dua beradik tersilap kahwini pengantin lelaki

CATEGORIES