Dibelasah dengan kayu setelah tegur remaja kencing tepi jalan

Dibelasah dengan kayu setelah tegur remaja kencing tepi jalan

Dibelasah dengan kayu setelah tegur remaja kencing tepi jalan.

Seorang remaja lelaki ditahan angkara disyaki memukul seorang lelaki selepas berang ditegur kencing di laluan keluar Flat Bayu Nyaman di Kampung Masjid, Bayan Lepas di sini semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Barat Daya, suspek berusia 19 tahun telah memukul mangsa dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.4 meter.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa telah menegur suspek kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat dan dia meminta suspek menyiram air di kawasan tersebut sebelum suspek beredar.

”Beberapa minit kemudian suspek datang dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu.

“Mangsa telah mengalami kecederaan luka dan berdarah pada bahagian kepala sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dibelasah dengan kayu setelah tegur remaja kencing tepi jalan

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam perkembangan lain, seramai 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.

”Kesemua tangkapan ditahan di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung dengan bantuan anggota dari balai-balai yang terlibat.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas dadah disyaki jenis heroin, syabu, ganja dan cecair mitragynine,”katanya.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati enam daripada tangkapan didapati positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca Lagi:

[Video] Dituduh curi getah sekerap, lelaki dibelasah penduduk kampung, motosikal dibakar

Budak tingkatan 1 ‘drive’ Kancil dibelasah orang ramai, netizen panas tengok video

Kejadian waktu Subuh penduduk tak suka dikejutkan azan Subuh, Bilal mati dibelasah orang ramai

CATEGORIES