Duit hantaran kahwin hancur dimakan anai-anai

Duit hantaran kahwin hancur dimakan anai-anai

Duit hantaran kahwin hancur dimakan anai-anai. KEHADIRAN anai-anai boleh merosakkan kediaman, khususnya pada struktur yang dibina menggunakan kayu.

Malah, ramai pemilik rumah pening kepala kerana dinding-dinding kayu semakin berlubang ekoran kehadiran haiwan itu.

Bukan itu sahaja, seorang individu di Facebook turut berkongsi rasa sedih apabila wang hantaran yang disimpan di rumahnya musnah dimakan anai-anai.

Bagi yang masih mencari-cari penyelesaian kepada masalah ini, seorang individu dikenali sebagai Ana Mahabu ada berkongsi kaedah alternatif untuk membunuh anai-anai tanpa menggunakan bahan kimia.

Duit hantaran kahwin hancur dimakan anai-anai

1. Garam

Taburkan garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada di permukaan saja.

Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sireh

Sifat panas kapur tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap.

Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sireh pada kayu yang diserang atau terus siram ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Anda boleh manfaatkan air pertama daripada basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah

Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah pada kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai.

Bagi memastikan ia lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di kawasan rumput.

Tembakau juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampurkan tembakau dan air lalu dibiarkan satu malam untuk memperoleh larutan tembakau.

Semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang atau ke sarang anai-anai.

Baca Lagi:
Jumpa wang dalam plastik sampah bernilai RM329,068, pekerja pembersihan bagi tempoh 3 bulan datang tuntut, akhirnya ini yang terjadi
Tarikh penting bayaran Bantuan Tambahan Fasa 3, semak sekarang!
Kisah banglo usang misteri di puncak Bukit Kutu, Selangor yang ramai tak tahu
CATEGORIES