Yasin Sulaiman diperintah oleh mahkamah ke Tanjung Rambutan, rupanya sebab ini

Yasin Sulaiman diperintah oleh mahkamah ke Tanjung Rambutan, rupanya sebab ini

Yasin Sulaiman diperintah oleh mahkamah ke Tanjung Rambutan, rupanya sebab ini. Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian kesihatan mentalnya.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Yasin mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Jun ini bagi laporan psikiatri itu.

Yasin Sulaiman diperintah oleh mahkamah ke Tanjung Rambutan, rupanya sebab ini

Terdahulu, semasa prosiding peguam itu memaklumkan, pihaknya mempunyai asas yang kuat agar kesihatan mental Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, diperiksa oleh pakar psikiatri.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pihak pembelaan turut mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

“Laporan terkini yang dikeluarkan oleh University Malaya Specialist Centre (UMSC) mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.

Pada 15 Mac lalu, Yasin gagal dalam permohonan representasi ketiganya untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi.

Ia berikutan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan yang dikemukakan Yasin berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Baca Lagi:
Jumpa wang dalam plastik sampah bernilai RM329,068, pekerja pembersihan bagi tempoh 3 bulan datang tuntut, akhirnya ini yang terjadi
Wanita kongsi pengalaman sewa rumah bekas bomoh, nampak lelaki pegang kepala dan bungkusan berisi ibu jari
Kisah banglo usang misteri di puncak Bukit Kutu, Selangor yang ramai tak tahu
CATEGORIES