Duda maut terjatuh dari tingkat empat pangsapuri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang

Duda maut terjatuh dari tingkat empat pangsapuri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang

Duda maut terjatuh dari tingkat empat pangsapuri selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang.

Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban, Jasin, selepas dicekup berkhalwat bersama isteri orang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.47 pagi, mangsa yang berusia 46 tahun itu maut di lokasi kejadian selepas suami ‘kekasih gelapnya’ itu tiba-tiba pulang ke rumah.

Ketua Polis Jasin Mispani Hamdan, berkata saksi yang juga kekasih kepada si mati berusia 37 tahun mendakwa, lelaki itu datang ke rumahnya pada 12 tengah malam, semalam, selepas suaminya keluar dan bermalam di situ bersama tiga anak wanita berkenaan.

Katanya, pada 10.30 pagi semasa pasangan itu berada di ruang tamu, tiba-tiba suami saksi pulang ke rumah lantas menyedari kehadiran si mati.

“Suami saksi mengunci pintu gril hadapan rumah menyebabkan pasangan itu terperangkap dan dia menghubungi pihak polis.

“Saksi meminta si mati berunding dengan suaminya, namun, lelaki itu nekad melarikan diri dengan mengikat seutas dawai ampaian di besi palang pada bahagian koridor untuk berpaut turun,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Mispani berkata, saksi yang berada di ruang tamu hanya melihat si mati dari jauh sebelum terdengar bunyi dentuman di luar koridor.

“Saksi melihat ke bawah dan mendapati lelaki tersebut telah tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak. Pemeriksaan fizikal ke atas mayat si mati mendapati terdapat kesan tanah dan darah di bahagian muka dipercayai dia jatuh dalam keadaan terhempap, lengan kiri mangsa juga patah,” katanya.

Beliau berkata, saksi memberitahu mereka berkenalan pada 2005, namun, berpisah dan masing-masing mendirikan rumah tangga.

Mispani berkata, pada 2017, si mati bercerai dengan isterinya, lalu mencari semula saksi untuk menjalinkan semula hubungan walaupun mengetahui saksi telah berkahwin.

“Hubungan si mati dengan saksi adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan suami saksi.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Baca lagi: 

Isteri orang dicekup khalwat di hotel, alasan nak pergi kelas senam aerobik

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Ambil masa 30 minit pujuk, pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet

CATEGORIES